Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Cermin Mata Ini Jadi ‘Mata’ Tambahan Untuk Orang Buta — Bantu Kenal Pasti Halangan Di Depan

Diterbitkan Jun 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Seorang pelajar kejuruteraan robotik dari Mozambique, Joao Antonio Rego, tampil dengan inovasi luar biasa, iaitu cermin mata pintar khas untuk orang buta.

Dikenali sebagai Vision Hope 0.2, peranti ini dilengkapi sensor yang mengesan halangan di hadapan dan memberi amaran melalui getaran. Ia direka untuk membantu golongan cacat penglihatan bergerak dengan lebih bebas dan selamat.

Inspirasi Rego bermula apabila dia melihat seorang wanita buta terjatuh di jalan raya. Sejak itu, dia berazam mahu mencipta teknologi yang boleh memandu golongan buta, bukan untuk ‘melihat’, tetapi untuk mengetahui arah dan halangan di sekeliling.

AFP
Foto: AFP

Cermin mata ini diuji oleh Armando Ernesto Chau, 45, yang hilang penglihatan sejak 20 tahun lalu. Menurut Chau, teknologi ini sangat membantu kerana ia mengesan halangan seperti dinding atau pokok dan memberi amaran secara langsung.

Versi terbaru Vision Hope mempunyai sudut pengesanan lebih luas (120 darjah), sensor lebih tepat, sistem bateri pintar serta fungsi GPS. Rego juga sedang membangunkan versi kalis air dan mampu mengesan objek halus seperti dawai.

Kini, Rego berharap dapat menjalin kerjasama agar cermin mata ini dapat dikomersialkan dan membantu lebih ramai rakyat Mozambique di mana lebih 2.7 juta mengalami masalah penglihatan.

Bagi Chau, cermin mata ini bukan sekadar teknologi tetapi ia membawa harapan dan kebebasan. Isterinya, Felizarda, percaya ia akan mengubah kehidupan keluarga mereka sepenuhnya.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Kajian Terkini Dedah Bateri EV Tahan Lebih Lama Berbanding Kereta ICE
  • Filem F1 Guna Kamera Berasaskan iPhone 15 Pro

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY