Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS TUF Gaming T700_T700TL_Scenario Photo_04

ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999

Diterbitkan November 17, 2026 oleh Amsyar Latif

ASUS Malaysia mengumumkan desktop gaming TUF Gaming T700TL edisi 2026 kini dijual di Malaysia pada harga RM9,999.

Ia dikuasakan pemproses Intel Core Ultra 9 275HX dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti 8GB GDDR7. Desktop ini boleh dibeli melalui ASUS e-Store dan peruncit sah ASUS.

Desktop ini menggunakan casis T700 berkapasiti 47 liter dengan panel sisi kaca panorama. Di dalamnya ada enam kipas Aura Sync RGB: tiga kipas 65CFM di hadapan, satu kipas ekzos di belakang dan dua kipas pada radiator penyejuk cecair AIO 240mm. Menurut ASUS, susunan ini membolehkan sistem beroperasi lebih sejuk dan senyap berbanding sistem penyejukan udara biasa.

Panel sisinya boleh dibuka tanpa alat (tool-less) supaya naik taraf dan penyelenggaraan lebih mudah. Casis ini juga dilengkapi penapis habuk dan jalur lampu RGB di bahagian bawah.

ASUS TUF Gaming T700_T700TL_Scenario Photo_01
ASUS TUF Gaming T700_T700TL_Scenario Photo_02
ASUS TUF Gaming T700_T700TL_Scenario Photo_03
ASUS TUF Gaming T700_T700TL_Scenario Photo_05
ASUS TUF Gaming T700_T700TL_Scenario Photo_06

Pemproses Core Ultra 9 275HX mempunyai 24 teras dan 24 thread, dengan kelajuan sehingga 5.4GHz. Ia juga ada NPU Intel AI Boost sehingga 13 TOPS. Konfigurasi asasnya disertakan RAM 16GB DDR5-5600 dan SSD PCIe 4.0 1TB, dengan Windows 11 Home.

Untuk naik taraf, papan induknya menyediakan:

  • dua slot SO-DIMM DDR5
  • dua slot M.2 2280
  • tiga port SATA 6Gbps
  • satu slot PCIe 5.0 x16
  • dua slot PCIe 3.0 x1

Bekalan kuasanya 500W dengan pensijilan 80+ Platinum.

Di bahagian atas casis ada dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, dua port USB-C 5Gbps serta bicu mikrofon dan fon kepala. Panel belakang pula ada empat port USB 3.2 Gen 1 Type-A, dua port USB 2.0, satu DisplayPort 1.4, dua HDMI 2.1 dan port Gigabit Ethernet. Untuk sambungan tanpa wayar, ia menyokong WiFi 6 dan Bluetooth 5.4.

ASUS mendakwa T700TL direka untuk melepasi piawaian ketahanan ketenteraan MIL-STD-810H. Desktop ini seberat 15kg.

Setiap pembelian disertakan waranti on-site tiga tahun dan Perfect Warranty tiga tahun.

Berkaitan

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM29,999
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 30 Bateri EV BMW Terpakai Kini Kuasakan Perkampungan Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • Akui Kemarahan Awam, Altman Cadang Lokasi Pusat Data Lebih Jauh Dari Komuniti
  • Masalah Teknikal Jejaskan Transaksi Perbankan Dalam Talian Di AS
  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
©2026 WISER.MY