Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads with new logo_imagewisermy

Pengguna Threads Kini Boleh Berbual Dengan Meta AI Menerusi DM

Diterbitkan Julai 28, 2026 ยท Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini menambah sokongan Meta AI dalam mesej langsung (DM) Threads, membolehkan pengguna bertanya soalan atau bersembang dengan pembantu AI itu secara peribadi tanpa perlu bergantung kepada siaran awam (public post).

Sebelum ini, Meta AI di Threads hanya tersedia dalam suapan awam di beberapa pasaran terpilih, termasuk Malaysia, sebagai sebahagian daripada ujian yang dijalankan syarikat itu.

Menurut Ketua Threads, Connor Hayes, maklum balas pengguna menunjukkan tidak semua orang mahu berinteraksi dengan AI secara terbuka. Susulan itu, Meta kini menambah sokongan DM sebagai pilihan yang lebih peribadi.

threads dm meta.ai

Menerusi ciri baharu ini, pengguna boleh menghantar mesej kepada Meta AI untuk bertanya mengenai siaran atau perbualan di Threads, mendapatkan penjelasan tentang sesuatu topik serta mengemukakan soalan susulan.

Pengguna juga boleh berkongsi siaran Threads, pautan, imej dan video terus kepada Meta AI untuk mendapatkan maklumat atau konteks lanjut.

Namun begitu, respons Meta AI buat masa ini hanya tersedia dalam bentuk teks sahaja. Pengguna turut boleh memadamkan perbualan dengan Meta AI atau membisukan (mute) akaunnya pada bila-bila masa.

Dalam masa yang sama, Meta mengesahkan ujian Meta AI dalam suapan awam Threads masih diteruskan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Syarikat itu berkata pengalaman tersebut akan terus diperbaiki berdasarkan maklum balas pengguna sebelum diperluaskan ke lebih banyak pasaran.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Threads Di Malaysia Kini Boleh Tag Meta AI, Dapatkan Respons Terus
  • Pengguna Instagram Kini Boleh Tukar Lagu Pada Siaran Lama Tanpa Muat Naik Semula
  • Threads Bakal Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY