Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tukar lagu post Instagram

Pengguna Instagram Kini Boleh Tukar Lagu Pada Siaran Lama Tanpa Muat Naik Semula

Diterbitkan Julai 22, 2026 · Dikemas kini Julai 22, 2026 oleh Amalina Athman

Instagram kini membolehkan pengguna menukar lagu pada siaran Instagram Feed yang telah dimuat naik tanpa perlu memadam atau memuat naik semula siaran tersebut.

Sebelum ini, pengguna perlu memadam dan memuat naik semula sesuatu siaran jika mahu menukar muzik, sekali gus menyebabkan semua tanda suka, komen dan perkongsian yang telah dikumpulkan hilang. Satu-satunya pengecualian ialah apabila lagu asal tidak lagi tersedia dalam pustaka muzik Instagram, yang membolehkan pengguna memilih lagu pengganti.

Menerusi ciri Replace Audio, pengguna kini boleh menggantikan trek audio pada gambar atau video yang telah dimuat naik pada bila-bila masa. Menurut Instagram, perubahan itu boleh dilakukan tanpa had, manakala semua interaksi pada siaran asal akan dikekalkan.

Untuk menggunakan ciri ini, buka siaran yang ingin dikemas kini, tekan menu dua garisan di bahagian kanan atas, pilih “Edit” dan tekan pada audio asal untuk memilih lagu baharu. Selain menukar lagu sedia ada, ciri ini juga membolehkan pengguna menambah muzik pada siaran yang sebelum ini dimuat naik tanpa sebarang trek audio.

give your posts a whole new vibe 🎶 starting this week,  you can replace the music on feed posts and carousels even after publishing pic.twitter.com/mTdxIFjSrI

— Instagram (@instagram) July 21, 2026

Memetik laporan The Verge, Ketua Pemasaran Produk Pencipta Instagram, Jimmy O’Keefe berkata pengguna tidak sepatutnya terikat dengan setiap keputusan yang dibuat ketika menekan butang ‘publish’.

Terdahulu, platform itu turut memperkenalkan beberapa ciri lain seperti menyusun semula grid profil dan mengemas kini kapsyen selepas siaran dimuat naik.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Instagram Kini Benarkan Pengguna Susun Semula Siaran Di Grid Profil
  • WhatsApp Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM3.50/Bulan
  • Shopee Integrasi Program Affiliate Dengan Instagram
  • Meta Tarik Balik Ciri 'Kontroversi' Meta AI Di Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY