Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
verified mysejahtera

Pelantikan Pembangun Aplikasi MySejahtera Tidak Mengikut SOP – PAC

Diterbitkan Oktober 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengatakan bahawa pelantikan KPISoft Malaysia Sdn Bhd sebagai pembangun aplikasi MySejahtera tidak berlandaskan tatacara perolehan Kerajaan.

Selain itu, Kerajaan juga tidak jelas dengan hala tuju pembangunan aplikasi MySejahtera & keliru dengan pelantikan KPISoft, konsep CSR dan tempohnya, serta pemilikan aplikasi.

Terdahulu, KPISoft dikenali sebagai Entomo.

Berkaitan

  • 'Check-In' MySejahtera Turun 98% Selepas Tidak Diwajibkan
  • Kementerian Akan Cadang Subsidi Bil Elektrik Bersasar, T20 Mungkin Perlu Bayar Lebih Selepas Ini
  • MCMC: Terdapat Penyalahgunaan, Waspada Jika Terima SMS Scam Daripada 'MySejahtera'
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian
  • MySejahtera Kini Hadir Dengan Ciri Kad Penderma Darah Digital

Selain itu, PAC juga merumuskan bahawa:

  • Tindakan Kerajaan menolak cadangan pengkomersialan adalah wajar demi melindungi keselamatan data pengguna.
  • Harga siling sebanyak RM196 juta untuk perolehan MySejahtera selama 2 tahun adalah tinggi dan bercanggah dengan konsep CSR.
  • Aplikasi MySejahtera masih dimiliki syarikat pembangun aplikasi.
  • Kerajaan masih belum mendaftarkan harga intelek (IP) bagi aplikasi MySejahtera di MyIPO setakat April 2022
  • MAMPU sebagai Jabatan Teknikal ICT dilihat berupaya mengambilalih pembangunan dan pengoperasian aplikasi MySejahtera.

Oleh itu, Jawatankuasa mencadangkan 4 perkara pada Kerajaan termasuklah untuk Kerajaan memiliki aplikasi MySejahtera sepenuhnya dan memastikan data pengguna tidak disalahguna oleh mana-mana pihak.

  • Menyemak semula kewajaran pemberian kontrak aplikasi MySejahtera secara rundingan terus & MAMPU harus mengambilalih keseluruhan aplikasi.
  • Kerajaan lebih prudent dalam proses perolehan dan mewujudkan garis panduan bagi tadbir urus CSR.
  • Aplikasi MySejahtera dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Dalam perkembangan lain, MySejahtera kini ciri kad penderma darah digital. Klik SINI untuk berita penuh.

Sumber: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY