Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
scam mysejahtera

MCMC: Terdapat Penyalahgunaan, Waspada Jika Terima SMS Scam Daripada ‘MySejahtera’

Diterbitkan Ogos 5, 2022 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui kenyataan media hari ini, mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya jika telah menerima SMS daripada ID Penghantar ‘GOV’ menggunakan nama organisasi MySejahtera yang memberitahu pengguna bahawa bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch N Go (TNG) eWallet mereka.

Menurut MCMC, terdapat penyalahgunaan ID Penghantar ‘GOV’ di mana pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikannya bagi tujuan penipuan.

Berkaitan

  • PDRM: SMS Beritahu Duit Masuk TNG eWallet Dengan Pautan Palsu Ialah ‘Scam’
  • KPDNHEP: 'Scammer' Hantar SMS Kononnya TNB Beri Pampasan Akibat Gangguan Bekalan Elektrik
  • Duit Dalam Akaun Bank Lesap, Ini Yang Perlu Dilakukan Dengan Segera

Untuk pengetahuan, hebahan SMS melalui ID Penghantar ‘GOV’ hanya dikhususkan bagi membuat Pesanan Khidmat Awam (PKA) berkenaan inisiatif-inisiatif oleh kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat.

Berikutan itu, peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera berkenaan pesanan SMS palsu tersebut.

PEMBERITAHUAN : AWAS SMS PENIPUAN MELALUI KOD PENGHANTAR ‘GOV’ BERKENAAN BANTUAN KEWANGAN E-WALLET KEPADA ORANG RAMAI pic.twitter.com/qAc7kI2Wad

— MCMC (@MCMC_RASMI) August 5, 2022

Terdahulu, pihak PDRM turut menggesa orang ramai supaya tidak menekan pautan yang diterima dari nombor yang tidak dikenali, serta menyemak SMS yang diterima dengan pihak berkaitan.

Sebagai tindakan, pihak MCMC juga telah membuat sekatan ke atas akses pautan palsu tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY