Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paramount WBD_1

Paramount Cabar Netflix, Tawar $108.4 Bilion Untuk Ambil Alih Warner Bros

Diterbitkan Disember 9, 2025 ยท Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh Amalina Athman

Paramount kini mengumumkan tawaran tunai bernilai $108.4 bilion (~RM445.84 bilion) untuk mengambil alih Warner Bros. Discovery (WBD), yang dilihat sebagai cubaan pengambilalihan ‘tidak mesra’ dan mencabar perjanjian WBD dengan Netflix yang diumumkan minggu lalu.

Berbeza dengan tawaran Netflix, transaksi yang dicadangkan Paramount merangkumi keseluruhan rangkaian milik WBD, termasuk segmen Global Networks.

“Walaupun Paramount mengemukakan enam cadangan sepanjang 12 minggu, WBD tidak pernah memberi maklum balas yang bermakna terhadap cadangan ini, yang kami percaya memberikan hasil terbaik untuk pemegang saham WBD. Paramount kini membawa tawaran ini terus kepada pemegang saham WBD dan Lembaga Pengarahnya bagi memastikan mereka berpeluang menilai alternatif yang jelas lebih menguntungkan ini,” menurut Paramount.

Paramount mendakwa tawarannya memberikan alternatif yang lebih baik berbanding transaksi Netflix, sambil menekankan perjanjian Netflix akan menghadapi proses kelulusan yang jauh lebih mencabar dan berkemungkinan akan berdepan proses kelulusan kawal selia yang jauh lebih lama atau disekat sepenuhnya.

Syarikat itu turut menyatakan bahawa tawaran tunai penuh ini boleh mempercepat proses kelulusan dan mengurangkan risiko penolakan pihak pengawal selia, walaupun ia masih tertakluk kepada penilaian pihak berkuasa.

Tempoh tawaran tersebut ditetapkan sehingga 8 Januari 2026, dengan kemungkinan dilanjutkan jika perlu.

Untuk maklumat tambahan mengenai cadangan pengambilalihan ini, Paramount turut melancarkan laman StrongerHollywood.com.

Paramount Cabar Netflix, Tawar 8.4 Bilion Untuk Ambil Alih Warner Bros
Foto: Paramount

Dalam satu kenyataan, Lembaga Pengarah WBD menyatakan ia tidak mengubah cadangan mereka terhadap perjanjian dengan Netflix. Pihaknya turut menasihati pemegang saham supaya tidak mengambil sebarang tindakan buat masa ini berhubung tawaran Paramount Skydance.

Walau bagaimanapun, ia akan menyemak dan mempertimbang tawaran tersebut dengan teliti mengikut terma perjanjian WBD dengan Netflix, serta memaklumkan cadangan Lembaga Pengarah kepada pemegang saham dalam tempoh 10 hari bekerja.

Dengan perkembangan terbaru ini, pastinya ia mendapat perhatian industri hiburan kerana berpotensi mengubah landskap global, terutamanya dalam sektor penstriman yang semakin kompetitif.

Berkaitan

  • Warner Bros. Discovery Pertimbang Jual Syarikat - Netflix, Comcast Antara Yang Berminat
  • Apple Dilapor Berminat Ambil Alih Warner Bros. Discovery
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Netflix Sah Bakal Ambil Alih Warner Bros - Termasuk HBO, HBO Max

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY