Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Warner Bros. Discovery Pertimbang Jual Syarikat – Netflix, Comcast Antara Yang Berminat

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh Amalina Athman

Warner Bros. Discovery (WBD) sedang mempertimbangkan untuk menjual syarikat itu selepas beberapa pihak menunjukkan minat untuk mengambil alih.

Dalam kenyataan rasmi, WBD memaklumkan lembaga pengarah sedang menilai pelbagai pilihan strategik, termasuk rancangan pemisahan antara Warner Bros. dan Discovery Global yang dijadualkan selesai menjelang pertengahan 2026, penjualan keseluruhan syarikat atau transaksi berasingan melibatkan bahagian studio, penstriman dan rangkaian TV kabelnya.

Syarikat turut mempertimbangkan struktur alternatif yang berpotensi membolehkan penggabungan Warner Bros. serta pemisahan Discovery Global kepada para pemegang saham.

Menurut laporan Bloomberg, Paramount telah mengemukakan sekurang-kurangnya satu tawaran untuk membeli keseluruhan operasi WBD, namun ditolak kerana nilainya dianggap terlalu rendah.

Selain Paramount, beberapa syarikat besar lain seperti Netflix dan Comcast turut dilaporkan menunjukkan minat untuk mengambil alih aset milik Warner Bros.

WBD dalam kenyataannya menjelaskan tiada tarikh akhir atau jadual ditetapkan bagi melengkapkan proses semakan pilihan strategik tersebut.

Syarikat itu juga menegaskan bahawa selain daripada proses pemisahan yang sedang dijalankan, tiada jaminan bahawa semakan ini akan membawa kepada sebarang transaksi atau keputusan tertentu.

Berkaitan

  • Sekali Lagi Tukar Identiti, Max Kembali Jadi HBO Max
  • HBO Max, Viu Bakal Lancar Pakej Baharu - Dua Platform, Satu Harga
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Akses sooka Percuma Untuk Pelanggan Maxis, Etiqa, Grab, MAE, ZUS & Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY