Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Origin OS6

5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Diterbitkan November 19, 2025 · Dikemas kini Disember 4, 2025 oleh Penaja

Penantian pengguna luar pasaran China untuk menikmati sendiri pengalaman sistem operasi telefon pintar terbaru yang dibangunkan sendiri oleh vivo, OriginOS 6 akhirnya berakhir.

Ia selepas vivo secara rasmi melancarkan OriginOS 6 kepada pengguna global termasuklah di Malaysia.

Ia bukan sahaja OS yang menekankan kelancaran, tetapi juga membawa inovasi reka bentuk dan ekosistem yang lebih menyeluruh.

Mesti ramai yang nak tahu kelebihan OriginOS ini. Jadi di sini di kongsikan 5 perkara paling best tentang OriginOS 6 yang menjadikannya berbeza daripada pesaingnya.

originOS 61. Sangat “smooth” dan konsisten bertahun-tahun

Berbeza daripada Funtouch OS, OriginOS 6 menawarkan pengalaman kelancaran OS serba baharu. Dibina dengan Origin Smooth Engine, ia menggabungkan ultra-core computing, memory fusion, dan dual rendering architecture.

Hasilnya, pengguna vivo dengan OriginOS 6 menikmati kelancaran aplikasi dengan 26% lebih prestasi berbanding pesaing walaupun selepas bertahun-tahun penggunaan.

OriginOS 6
OriginOS 6 memberikan pengalaman lancar walaupun selepas bertahun-tahun penggunaan.

Jadi, sama ada anda membuka aplikasi berat mahupun aplikasi ringan serentak untuk multitugas, prestasi peranti vivo anda akan tetap stabil tanpa lag.

2. Ciri unik Origin Island 

Salah satu ciri unik baharu diperkenalkan dalam OriginOS 6 ialah Origin Island, sebuah pusat kawalan all-in-one yang memberi cadangan pintar dan tindakan segera.

Contohnya, jika anda drag gambar atau teks ke Origin Island , sistem OriginOS 6 dengan sendirinya memahami kandungan tersebut dan akan terus mencadangkan aplikasi terbaik untuk anda gunakan. 

Ia juga memudahkan perkongsian ke media sosial atau akses pantas ke fungsi tertentu tanpa perlu menukar aplikasi.

originOS 6
Dengan notifikasi masa nyata, anda akan sentiasa peka terhadap perubahan sistem tanpa gangguan.

3. Flip Cards – Wallpaper jadi tak boring 

Siapa sangka,  vivo berjaya inovasikan wallpaper telefon pintar dengan tidak menjadikannya boring apabila memperkenalkan Flip Cards.

Ia merupakan antara ciri visual yang paling menarik sekali dalam UI OriginOS 6. Flip Card menyokong sehingga 4 imej untuk digabungkan sebagai wallpaper.

Apabila telefon dimiringkan, visual berbeza dari 4 imej tersebut akan muncul berdasarkan pada sudut pandangan anda.

Malah Flip Card turut menyokong Live Photos dan video, sekali gus menjadikan wallpaper telefon vivo anda lebih interaktif dan lebih cool berbanding telefon lain.

FLIP CARDS originOS
vivo mendapat inspirasi untuk mencipta Flip Cards daripada mainan lentikular.

4. vivo Office Kit – Kerja rentas platform lebih lancar

Bagi mereka yang bekerja merentas peranti, vivo Office Kit adalah ciri yang sangat berguna. Ia membolehkan anda melakukan Screen Mirroring ke PC atau Mac.

Malah vivo menambah fungsi Notes Multi-Device Collaboration yang membolehkan idea dicatat di mana-mana peranti dan diselaraskan secara masa nyata.

Selain itu, dengan aplikasi EasyShare, anda dengan mudah boleh berkongsi fail dan foto antara telefon vivo dengan iPhone dengan One-Tap Transfer. 

5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
Aktifkan vivo Office Kit di telefon pintar vivo dan sambungkannya dengan PC atau Mac anda. Pastikan juga aplikasi vivo Office Kit dipasangkan terlebih dulu dalam PC atau Mac tersebut. Aplikasi vivo Office Kit boleh dimuat turun secara percuma dari https://pc.vivoglobal.com/#/
originOS 6
Antaramuka aplikasi vivo Office Kit pada PC.

Ringkasnya, vivo Office Kit bukan sekadar membolehkan anda lakukan screen mirroring, tapi juga pidahkan fail, sambung kerja dari peranti vivo ke komputer dan lain-lain. 

Walaupun pelbagai peranti yang anda guna itu berbeza dan tidak berada dekat dengan komputer, ciri rentas platform vivo ini memberikan anda akses lebih mudah dan lancar.

originOS 6
originOS 6
Ciri Office Kit vivo direka untuk keperluan pejabat dalam pelbagai senario

5. Privasi & Keselamatan yang Kukuh

Sudah tentunya aspek keselamatan menjadi antara yang ditekankan dalam OriginOS 6 dengan memperkenalkan vivo Security.

Ia berasaskan “hardware root of trust” di peringkat cip, memastikan setiap lapisan daripada kernel hinggalah aplikasi dilindungi sepenuhnya.

vivo Security menawarkan ciri Private Space yang membolehkan pengguna menyimpan fail sensitif seperti gambar, aplikasi dan lain-lain dalam ruang terasing yang dienkripsi di mana ia menjaminkan sekatan akses tanpa kebenaran.

Ciri ini sudah tentunya amat penting dan bermanfaat bagi mereka yang mahukan sebuah peranti yang mampu memberikan tahap privasi yang tinggi pada mereka.

originOS 6
Private Space terasing sepenuhnya dari sistem utama untuk simpanan data sensitif anda.

Kesimpulan

OriginOS 6 bukan sekadar sistem operasi baharu, tetapi sebuah pengalaman OS baharu pada peranti pintar yang menyeluruh. 

Dengan jaminan kelancaran sistem untuk jangka panjang, interaksi visual yang kreatif, ekosistem kerja lancar, serta perlindungan privasi yang mantap,peranti vivo dengan OriginOS benar-benar membawakan pengalaman baharu kepada pengguna di Malaysia.

OriginOS 6 bukan sekadar sistem operasi peranti pintar, tetapi ia mewujudkan satu ekosistem inklusif yang menjadikan urusan kerja mahupun peribadi lebih produktif dan lancar.

*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Kolaborasi Bersama ZEISS, vivo Sasar Jadi Raja Kamera Telefon Pintar
  • Siri vivo X300 Tiba Di Malaysia Bersama OriginOS 6, Harga Bermula RM3,599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY