Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Sah Bakal Ambil Alih Warner Bros – Termasuk HBO, HBO Max

Netflix Sah Bakal Ambil Alih Warner Bros – Termasuk HBO, HBO Max

Diterbitkan Disember 5, 2025 · Dikemas kini Disember 8, 2025 oleh Amalina Athman

Netflix mengumumkan bahawa syarikat itu telah mencapai persetujuan untuk mengambil alih Warner Bros. dengan nilai keseluruhan mencecah $82.7 bilion (~RM339.98 bilion).

Pengambilalihan ini akan dimuktamadkan selepas pemisahan Warner Bros. daripada Discovery Global, yang kini dijangka berlaku pada suku ketiga 2026 (Q3 2026).

Melalui urus niaga ini, Netflix akan memperoleh studio filem dan televisyen Warner Bros. serta akses kepada HBO, HBO Max dan pelbagai hak harta intelek terkenal termasuk Harry Potter, Game of Thrones dan francais DC.

Netflix memaklumkan bahawa syarikat itu merancang untuk mengekalkan operasi sedia ada Warner Bros, termasuk tayangan filem di pawagam, serta mengintegrasikan kandungan HBO dan HBO Max ke dalam katalog penstriman Netflix sendiri.

Today, Netflix announced our acquisition of Warner Bros. Together, we’ll define the next century of storytelling, creating an extraordinary entertainment offering for audiences everywhere. https://t.co/rXPFMNIs1A pic.twitter.com/0pdsMUEob8

— Netflix (@netflix) December 5, 2025

Sebelum ini, Warner Bros. Discovery mengumumkan bahawa syarikat itu terbuka kepada pengambilalihan, beberapa bulan selepas mengumumkan rancangan untuk membahagikan syarikat kepada dua bahagian iaitu studio serta perniagaan penstriman, dan kabel.

Netflix hanya menumpukan kepada bahagian studio dan tidak akan mengambil alih aset kabel termasuk CNN dan saluran Discovery.

Walaupun begitu, sebarang pengambilalihan masih perlu melepasi halangan pengawal selia, dengan kemungkinan tentangan daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

Berkaitan

  • Warner Bros. Discovery Pertimbang Jual Syarikat - Netflix, Comcast Antara Yang Berminat
  • Apple Dilapor Berminat Ambil Alih Warner Bros. Discovery
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Polisi Chromecast Baharu Netflix Kurang Disenangi Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY