Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Apple Dilapor Berminat Ambil Alih Warner Bros. Discovery

Diterbitkan Oktober 24, 2025 · Dikemas kini Oktober 24, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilapor antara syarikat yang berminat untuk mengambil alih Warner Bros., susulan laporan mengenai kemungkinan penjualan syarikat tersebut sebelum ini.

Namun, syarikat besar lain seperti Amazon dan Paramount turut dikatakan sedang bersaing untuk mendapatkan syarikat itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh CEO Warner Bros. David Zaslav, selepas beliau memberi taklimat kepada barisan pengurusan tertinggi syarikat itu mengenai rancangan berkenaan.

Difahamkan, koleksi kandungan TV dan filem milik Warner Bros. dipercayai menjadi faktor utama di sebalik minat Apple. Setakat ini, perkhidmatan Apple TV yang dijenamakan semula banyak bergantung pada kandungan terbitan sendiri, namun langkah pengambilalihan itu berpotensi mengubah strategi Apple dalam pasaran penstriman global.

Tambahan pula, Warner Bros memiliki HBO, jenama yang terkenal dengan kandungan berkualiti tinggi dan siri TV popular di seluruh dunia. Sekiranya Apple berjaya membawa kandungan HBO ke dalam platformnya, Apple TV bakal menempatkan pelbagai siri TV terbaik seperti Game of Thrones, Silicon Valley dan The White Lotus.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Apple Eddy Cue dalam temu bual podcast baru-baru ini menjelaskan bahawa syarikat itu tidak sedang aktif mencari sebarang pengambilalihan untuk memperkukuh perkhidmatan Apple TV.

Beliau berkata, Apple secara umumnya lebih gemar membangunkan sendiri kandungannya berbanding membeli syarikat lain, namun tidak menolak sebarang kemungkinan.

Sebelum ini, laporan Bloomberg menyatakan bahawa Warner Bros. telah menolak dua tawaran daripada Paramount Skydance kerana nilainya dianggap terlalu rendah.

Selain Apple, Paramount dan Amazon, laporan turut menyebut bahawa Netflix dan Comcast juga berminat untuk mendapatkan koleksi filem serta siri TV milik Warner Bros.

Berkaitan

  • Sekali Lagi Tukar Identiti, Max Kembali Jadi HBO Max
  • HBO Max, Viu Bakal Lancar Pakej Baharu - Dua Platform, Satu Harga
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Warner Bros. Discovery Pertimbang Jual Syarikat - Netflix, Comcast Antara Yang Berminat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY