Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) OnePlus Nord 3 5G – ‘Flagship’ Permulaan Terbaik

OnePlus Dilapor Bakal Berundur Dari Pasaran Amerika Syarikat, Eropah – Pengumuman Dijangka Minggu Ini

Diterbitkan Julai 14, 2026 ยท Dikemas kini Julai 16, 2026 oleh Amalina Athman

OnePlus dilapor bakal mengumumkan pengundurannya secara rasmi daripada pasaran Amerika Syarikat dan Eropah dalam minggu ini.

Menurut laporan WinFuture yang memetik sumber dalaman, pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam beberapa hari lagi. Difahamkan, sesi taklimat tertutup bersama media telah diadakan, namun tiada penjelasan diberikan mengenai sebab sebenar di sebalik keputusan itu.

Spekulasi mengenai masa depan OnePlus sebenarnya sudah berlarutan sejak awal tahun ini. Walaupun syarikat pernah menafikan dakwaan bahawa ia akan ditutup di pasaran global, beberapa perkembangan selepas itu terus mencetuskan persoalan.

Antaranya termasuk pengesahan OnePlus sebelum ini bahawa syarikat sedang menilai hala tuju operasinya di Eropah. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, laman web OnePlus di beberapa negara Eropah juga mula mengalihkan pengguna ke laman web OPPO.

Untuk rekod, OnePlus diasaskan pada 2013 dan mula dikenali menerusi OnePlus One yang dilancarkan pada 2014 dengan menawarkan spesifikasi tinggi pada harga lebih rendah berbanding kebanyakan peranti andalan ketika itu.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, OnePlus semakin kehilangan identitinya sebagai jenama yang berdiri sendiri. Peranti seperti OnePlus 15 pada asasnya hanyalah versi yang diubah suai daripada peranti OPPO.

Berbalik kepada konteks, OnePlus mahupun OPPO setakat ini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung laporan terbaharu itu. Oleh itu, semua maklumat ini wajar dianggap sebagai laporan yang belum disahkan sehingga pengumuman rasmi dibuat.

Berkaitan

  • Prestasi Merosot, OnePlus Berdepan Risiko Ditutup
  • OnePlus Nafi Tuduhan Akan Gulung Tikar, Ini Penjelasan Rasmi Syarikat
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OnePlus Dan realme Dilaporkan Bergabung Di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY