Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Dan realme Dilaporkan Bergabung Di China

OnePlus Dan realme Dilaporkan Bergabung Di China

Diterbitkan Mei 4, 2026 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada dakwaan salah seorang pemberi maklumat yang dipercayai dan popular di China, Digital Chat Station berkata, OnePlus dan realme kini bergabung operasi di China di bawah pusat sub-produk baharu.

Penggabungan ini melibatkan pasukan pembangunan produk domestik (Cina) dan luar negara (global) untuk kedua-dua jenama di bawah satu bumbung.

Menurut laporan itu, langkah ini dibuat untuk mengurangkan kos akibat kenaikan harga komponen dan persaingan sengit daripada Xiaomi serta Samsung.

Li Jie, ketua OnePlus China, mengetuai unit ini dengan sokongan Wang Wei sebagai timbalan GM.

Sementara itu, Li Bingzhong (pengasas realme) menguruskan operasi komersial, manakala Xu Qi menyelia pemasaran dan perkhidmatan gabungan.

Walaupun berkongsi R&D, pemasaran dan rantaian bekalan, kedua-dua jenama mengekalkan identiti masing-masing: OnePlus fokus pada prestasi premium, realme pula menekankan nilai mampu milik.

Contoh jelas ialah OnePlus Nord CE6 Lite yang sebenarnya dijenamakan semula kepada realme P4X.

Di India, OnePlus beralih kepada model jualan dalam talian sahaja, manakala realme menumpukan kepada pasaran luar talian.

Gabungan ini dijangka mempercepat pelancaran teknologi baharu dan meningkatkan daya saing global tanpa menghapuskan jenama masing-masing.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Tukar Alamat E-mel Akaun Google - Ini Caranya
  • YouTube Premium Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM12.90/Bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY