Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Nafi Tuduhan Akan Gulung Tikar, Ini Penjelasan Rasmi Syarikat

OnePlus Nafi Tuduhan Akan Gulung Tikar, Ini Penjelasan Rasmi Syarikat

Diterbitkan Januari 22, 2026 oleh Amsyar Latif

OnePlus tampil menafikan dakwaan bahawa syarikat itu berada di ambang penutupan operasi, susulan laporan siasatan oleh Android Headlines yang mendakwa jenama tersebut sedang dikecilkan secara senyap di peringkat global.

Laporan Android Headlines sebelum ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan pemerhati industri selepas ia menyebut penurunan jualan, kehilangan pegangan pasaran, penutupan pejabat di beberapa rantau serta pembatalan produk sebagai petanda OnePlus mungkin tidak lagi mampan sebagai jenama berdiri sendiri.

Namun, tidak lama selepas laporan itu tular, Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus India tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan dakwaan tersebut.

https://x.com/RobinLiuOnePlus/status/2013829249690751486?s=20

Beliau menegaskan bahawa operasi OnePlus masih berjalan seperti biasa, sambil menggesa orang ramai dan pemegang taruh supaya hanya merujuk maklumat daripada saluran rasmi syarikat.

Kenyataan itu dilihat bertujuan meredakan kebimbangan pelabur dan pengguna, terutamanya selepas laporan berkenaan turut memetik data pasaran dan sumber dalaman yang mendakwa OnePlus sedang mengikuti corak kejatuhan seperti beberapa jenama telefon pintar lain sebelum ini.

Walaupun OnePlus mengakui pasaran telefon pintar kini semakin mencabar, jenama itu masih mendapat sokongan daripada syarikat induknya, OPPO.

OPPO sebelum ini dilaporkan menyuntik pelaburan besar bagi menstabilkan kedudukan OnePlus dalam ekosistem kumpulan tersebut.

Buat masa ini, OnePlus menegaskan komitmen mereka terhadap pengguna sedia ada, termasuk sokongan perisian dan kemas kini peranti.

Berkaitan

  • realme Dilapor Akan Jadi Subjenama Di Bawah OPPO
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Prestasi Merosot, OnePlus Berdepan Risiko Ditutup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY