Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Posted on Oktober 27, 2025Oktober 27, 2025

Kalau korang mencari telefon pintar yang super tahan lasak, vivo ada model peranti yang sesuai untuk korang.

Baru sahaja dilancarkan, vivo V60 Lite 5G betul-betul teruji sampaikan kami pun dah putus asa.

Kami dah cuba jatuhkan, hempas, malah dilanggar kereta — tapi vivo V60 Lite 5G tetap hidup dan terus beroperasi tanpa sebarang tanda menyerah. 

Inilah satu-satunya telefon yang buat kami akhirnya putus asa untuk “dera” lebih jauh. 

Ketahanan luar biasa ini bukan sekadar gimik, ia adalah hasil daripada reka bentuk dan teknologi sebenar yang dibangunkan oleh vivo untuk memberi keyakinan tanpa kompromi.

Betul-Betul Mencabar Kesabaran Kami

vivo V60 Lite 5G membawa standard ketahanan ke tahap baharu. Dengan pensijilan SGS Five-Star Drop Resistance dan pensijilan ketenteraan, ia mampu menahan hentakan, jatuhan, dan tekanan dari pelbagai sudut. 

Ujian makmal vivo seperti ujian jatuhan dari ketinggian 1.5 hingga 2 meter ke atas lantai marmar dan kayu ada dibuat secara dalaman dan mengesahkan ia tahan jatuham

Tapi, bagi mengesahkan ujian itu, kami pula mengujinya sendiri.

Malah ke tahap yang lebih tinggi dari ujian makmal vivo dengan membuat ujian ekstrem dilenyek tayar kereta dan dijatuhkan dari tebing berbatu yang tinggi.

Hasilnya? Skrin masih berfungsi, audio masih jelas, dan prestasi kekal lancar.

Lapisan Shield Glass yang melindungi skrin daripada retak, manakala badan tahan habuk dan percikan air memastikan prestasi optimum walaupun dalam hujan atau persekitaran berdebu. 

vivo malah menguji ketahanan air selama 12 jam dalam simulasi hujan, menunjukkan keyakinan terhadap reka bentuknya. Pendek kata, ini bukan sekadar telefon pintar — ia perisai digital anda.

Bukan setakat rendam, kami siap bawa mandi kolam telefon ni, tapi tetap kebal.

Kukuh di Luar, Padu di Dalam

vivo V60 Lite 5G bukan setakat kukuh fizikalnya, tapi ia turut dimuatkan dengan spesifikasi berkuasa.

Bagi mereka yang gemar mengambil, korang jangan risau sebab vivo V60 Lite 5G dilengkapi dengan kamera utama 50MP Sony IMX882, yang akan menyampaikan setiap perincian dalam foto nampak jelas walau di bawah lampu jalan.

Dengan ciri AI Master Aura Light Night Portrait, potret malam korang dijamin cun walau pencahayaan rendah.

Teknologi kamera AI vivo V60 Lite 5G pandai kesan cahaya sekeliling dan laras pencahayaan automatik — hasilnya, muka nampak glowing semula jadi, tak perlu filter pun.

Jadi, tak kisahlah korang ambil gambar waktu siang ke malam, foto korang takkan kabur, tetap terang dan tajam macam profesional yang ambil gambar.

Untuk meyampaikan prestasi kamera terbaik ini, sudah tentunya ia memerlukan kuasa pemprosesan yang cukup berkuasa.

Dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo, vivo V60 Lite 5G bukan sekadar tahan lasak tapi juga pantas dan responsif.

Dipadankan dengan 12GB RAM+12GB RAM maya dan 512GB storan, ia direka untuk multi tugas berat, permainan grafik tinggi, serta hiburan lancar.

Skrin pun besar, terang dan jelas.

Selain itu, dengan skrin AMOLED 6.77 incinya yang besar yang menyokong kadar segar setinggi 120Hz HDR10+, ia menyampaikan visual terang dan tajam hingga kecerahan maksimum 3000 nits.

Sudah tentunya hayat bateri yang mampu tahan seharian antara faktor utama pemilihan pengguna pada sesebuah peranti.

Satu lagi ciri menarik yang ada pada telefon ini adalah teknologi Bypass Charging memastikan suhu kekal sejuk ketika bermain sambil dicas, jadi anda boleh terus gaming tanpa risau telefon jadi panas.

Jangan bimbang, bateri dilindungi dengan begitu baik di dalam kerangka yang kukuh. Ditambah dengan ciri Bypass Charging, vivo V60 Lite 5G imenjamin keselamatan maksimum kepada pengguna.

Kami Angkat Tangan

Selepas berhari-hari “mendera” telefon ini, kami akhirnya terpaksa mengakui bahawa vivo V60 Lite 5G adalah simbol peranti moden tahan lasak ketika ini.

Jadi, kalau korang mencari peranti untuk aktiviti aktif dan lasak tanpa mengira keadaan, vivo V60 Lite 5G adalah jawapannya.

Sebab kami dah cuba jatuhkan, lenyek, dan rendam, tapi vivo V60 Lite 5G terus berdiri teguh enggan mengalah.

Akhirnya, kami yang menyerah, bukan telefon ini.

vivo V60 Lite 5G kini sudah tersedia di pasaran Malaysia yang boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln0bkb
  • Lazada – https://invl.me/cln0bkg

*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress