Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Pembaharuan Lesen Memandu, Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ Bermula Februari Ini

Diterbitkan Januari 2, 2024 · Dikemas kini Februari 7, 2024 oleh Amalina Athman

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan pembaharuan lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor (LKM) melalui aplikasi MyJPJ boleh dilakukan bermula 1 Februari 2024.

Berkaitan

  • Adakah Anda Akan Disaman Jika Tidak Memiliki Aplikasi MyJPJ?
  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital
  • Semua Urusan Di Aplikasi MyJPJ Dijangka Boleh Guna Sepenuhnya Pada 2025

Loke menjelaskan ia akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat awal hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara).

Bagi menggalakkan penggunaan e-LMM, kerajaan akan memberikan rebat RM5 kepada orang ramai yang memperbaharui lesen memandu secara digital –  sah sehingga 31 Disember 2024.

Tambahnya lagi, inisiatif itu terpakai untuk warganegara Malaysia yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad).

Bagaimanapun, Loke memaklumkan bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia sepanjang tempoh interim pendigitalan tahun 2024, masih boleh memilih LKM dan LMM fizikal – kini diseragamkan dan berbentuk baharu.

Menurutnya, slip LKM baharu itu tidak perlu dilekat atau dipamerkan pada cermin kenderaan seperti sebelum ini. Sebaliknya, ia boleh disimpan mengikut kesesuaian orang awam.

Sementara itu, beliau juga berkata bermula hari ini orang awam boleh membuat perkongsian e-LKM menggunakan fungsi baharu, iaitu “Kongsi LKM” di aplikasi MyJPJ.

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY