Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJ Kongsi e-LKM

Ini Cara Kongsi Dan Terima ‘Road Tax’ Digital Di Aplikasi MyJPJ

Diterbitkan Januari 5, 2024 ยท Dikemas kini Januari 5, 2024 oleh Amalina Athman

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini mengumumkan orang ramai sudah boleh membuat perkongsian lesen kenderaan motor digital (e-LKM) melalui aplikasi MyJPJ.

Dengan ciri ini, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM kepada ahli keluarga, rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan.

Berkaitan

  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Kabinet Setuju Tukar Lesen Memandu Fizikal Kepada Digital
  • Pembaharuan Lesen Memandu, Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ Bermula Februari Ini

Untuk melakukan perkongsian e-LKM, kedua-dua pengguna sama ada pemilik kenderaan atau penerima perlu memuat turun aplikasi MyJPJ melalui Google Play Store, App Store atau Huawei AppGallery terlebih dahulu.

Setelah itu, ikut langkah selanjutnya di bawah.

Pemilik e-LKM

Bagi pemilik kenderaan yang ingin berkongsi e-LKM di aplikasi MyJPJ, ikut beberapa langkah di bawah.

1. Buka aplikasi MyJPJ dan pergi ke “Profil”. Kemudian, klik “Lesen Kenderaan Motor” dan pilih nombor pendaftaraan kenderaan yang ingin dikongsi.

e-LKM MyJPJ 1

2. Seterusnya, tatal ke bawah dan klik “Kongsi LKM”.

3. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan penerima dan tempoh perkongsian e-LKM tersebut. Klik “Ya” untuk pengesahan perkongsian LKM kepada penerima.

e-LKM MyJPJ 2

4. Permohonan berjaya dan kod keselamatan akan dipaparkan. Berikan kod keselamatan kepada penerima untuk pengaktifan. Perlu diingatkan, kod keselamatan ini hanya aktif untuk tempoh 24 jam sahaja.

Untuk tambah perkongsian dengan individu lain, ikut langkah 2 dan tekan ikon “+”.

Penerima e-LKM

Di pihak penerima, ikut langkah di bawah untuk mendapatkan LKM digital pemilik kenderaan.

1. Buka aplikasi MyJPJ dan pergi ke “Profil”. Klik pada bahagian “Lesen Kenderaan Motor” dan tekan “Jana Semula”.

2. Di bahagian “LKM Dikongsi”, pilih nombor pendaftaran kenderaan dan masukkan kod pengaktifan. Kemudian tekan “Hantar”.

e-LKM MyJPJ 3

3. e-LKM kini berjaya diaktifkan dan penerima boleh melakukan semakan melalui bahagian Lesen Kenderaan Motor.

e-LKM MyJPJ 4

Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Gambar utama: JPJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY