Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adobe Express – file (2) (1)

Model iPhone Ini Mungkin Tidak Terima Sokongan iOS 26

Diterbitkan Jun 5, 2025 ยท Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh Amalina Athman

Acara WWDC 2025 akan berlangsung minggu depan, dan seperti biasa, tumpuan utama pastinya pada pratonton awal iOS terbaru yang dikhabarkan akan dikenali sebagai iOS 26.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Apple dijangka mengumumkan senarai model yang masih menerima sokongan sebaik sahaja iOS 26 diperkenalkan. Tapi persoalan utamanya, model mana yang bakal ‘tercicir’ dan tidak lagi menerima kemas kini?

Berbeza dengan laporan tahun lalu, laporan terkini mendedahkan senarai model iPhone yang dijangka menerima sokongan iOS 26, seperti berikut:

  • iPhone 16e, iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max
  • iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max
  • iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max
  • iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max
  • iPhone SE (generasi ke-2 dan ke atas)

Jika laporan ini tepat, Apple nampaknya tidak akan meneruskan sokongan untuk iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max dalam kemas kini iOS 26 nanti.

Ketiga-tiga model ini dilancarkan pada 2018, jadi usianya sudah hampir tujuh tahun apabila iOS 26 dilancarkan kelak. Secara amnya, Apple menawarkan sekurang-kurangnya lima tahun sokongan iOS untuk iPhone.

Tambahan pula, iPhone XS Max sudah dikategorikan sebagai produk vintaj oleh Apple, satu petanda sokongan untuk iOS terkini sudah sampai ke penghujungnya.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Ini Gambaran Awal iOS 19
  • Apple Dedah Ciri Aksesibiliti Baharu Dalam iOS 19
  • Tiada iOS 19, Apple Dilapor Akan 'Lompat' Ke iOS 26 - Ini Sebabnya

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY