Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19

Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19

Diterbitkan Disember 23, 2024 · Dikemas kini Disember 23, 2024 oleh Amalina Athman

Semua model iPhone yang menyokong iOS 18 dijangka akan menerima sokongan iOS 19, termasuk iPhone XS dan XR yang dilancarkan pada September 2018.

Menurut laporan iPhoneSoft, berikut merupakan model yang dijangka serasi dengan iOS 19:

  • iPhone 17, 17 Air, 17 Pro, 17 Pro Max (2025)
  • iPhone 16, 16 Plus, 16 Pro, 16 Pro Max
  • iPhone 15, 15 Plus, 15 Pro, 15 Pro Max
  • iPhone 14, 14 Plus, 14 Pro, 14 Pro Max
  • iPhone 13, 13 Mini, 13 Pro, 13 Pro Max
  • iPhone 12, 12 Mini, 12 Pro, 12 Pro Max
  • iPhone 11, 11 Pro, 11 Pro Max
  • iPhone XS / XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone SE (generasi kedua dan ke atas)

Walaupun iPhone yang disenaraikan mungkin benar menerima sokongan iOS 19, namun sejumlah ciri baharu tidak akan tersedia untuk peranti yang lebih lama. Beberapa ciri, terutamanya yang melibatkan sokongan kecerdasan buatan (AI), pastinya hanya terhad untuk model terkini.

Juga, sekiranya laporan ini tepat, ia akan menjadi tahun kedua berturut-turut Apple tidak menghentikan sokongan untuk mana-mana model iPhone dalam kemas kini tahunan iOS.

Ketika ini, iOS 18 menyokong model yang sama seperti iOS 17, manakala iOS 17 yang dikeluarkan tahun lalu menamatkan sokongan untuk iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Berbalik kepada konteks, iOS 19 beta pertama dijangka akan dikeluarkan semasa WWDC pada Jun 2025, dengan pelancaran umum kebiasaannya menyusul pada September.

Berkaitan

  • Boleh Kemas Kini iOS 18 Pada 17 September, Apple Intelligence Bulan Depan, Ini iPhone Yang Sokong
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!
  • Selain Apple Intelligence, Ini Yang Baharu Dalam iOS 18.2
  • Ini 10 Aplikasi iOS Dan Android Percuma Paling Popular Di Malaysia

Sumber: iPhonesoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY