Apple kini mengumumkan pelbagai ciri aksesibiliti baharu yang akan dilancarkan lewat tahun ini melalui iOS 19, iPadOS 19, watchOS 12, macOS 16, serta visionOS 3.
Label Aksesibiliti dalam App Store
Apple bakal memperkenalkan satu ciri baharu di App Store yang dinamakan Accessibility Nutrition Labels – bahagian khas pada halaman aplikasi yang memaparkan maklumat tentang ciri aksesibiliti yang disokong oleh sesuatu aplikasi atau permainan.
Ccontohnya sokongan untuk VoiceOver, Kawalan Suara, Teks Besar, Larger Text, Sufficient Contrast, Reduced Motion, kapsyen dan lain-lain. Ini memudahkan pengguna untuk memilih aplikasi yang sesuai dengan keperluan sebelum memuat turun.
Label ini akan tersedia secara global di App Store, dan Apple turut menyediakan garis panduan khusus kepada pembangun tentang kriteria yang perlu dipenuhi sebelum boleh paparkan info aksesibiliti ini di halaman produk mereka.
Magnifier di Mac
Selain iOS dan iPadOS, Apple mengumumkan Magnifier akan tersedia di macOS bagi membantu pengguna yang mempunyai masalah penglihatan untuk membesarkan teks, membaca, dan mengesan objek di sekitar mereka.
Ciri Magnifier di Mac membolehkan pengguna menyambungkan kamera untuk membesarkan objek di sekeliling, seperti skrin atau papan putih. Ia juga berfungsi dengan Continuity Camera pada iPhone dan kamera USB yang disambungkan, serta menyokong pembacaan dokumen melalui Desk View.
Ciri ini juga membolehkan penyesuaian kecerahan, kontras, dan warna, serta diintegrasikan dengan Accessibility Reader untuk menukar teks fizikal kepada format yang lebih mudah dibaca.
Fungsi ‘Braille Access’
Ciri ini menjadikan iPhone, iPad, Mac dan Apple Vision Pro sebagai alat catatan Braille lengkap yang terintegrasi dalam ekosistem Apple.
Dengan pelancar (launcher) aplikasi terbina, pengguna boleh membuka aplikasi dengan mudah menggunakan Braille Screen Input atau peranti braille yang disambungkan.
Ia juga menyokong fail dalam format BRF dan Nemeth Braille, iaitu kod braille yang biasa digunakan untuk matematik dan sains.
Selain itu, integrasi Live Captions membolehkan pengguna menyalin perbualan secara langsung pada paparan braille, memudahkan interaksi dengan lebih lancar.
Accessibility Reader
Ciri baharu ini membantu pengguna yang ada masalah membaca seperti disleksia atau penglihatan rendah.
Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, dan Apple Vision Pro, Accessibility Reader membolehkan pengguna menyesuaikan paparan teks supaya lebih mudah dibaca, termasuk pilihan fon, warna, dan jarak serta sokongan untuk Spoken Content.
Pengguna boleh melancarkan Accessibility Reader dari mana-mana aplikasi, dan ia juga diintegrasikan dalam Magnifier untuk iOS, iPadOS, dan macOS.
Live Captions
Live Listen akan tersedia di Apple Watch pada lewat tahun ini dengan kawalan baharu, termasuk ciri Live Captions secara langsung.
Ciri ini membolehkan iPhone berfungsi sebagai mikrofon kawalan jauh untuk menstrimkan kandungan terus ke AirPods, alat pendengaran, atau fon kepala Beats. Pengguna boleh melihat Live Captions pada Apple Watch dan mengawal sesi tanpa perlu bangun.
Ciri ini juga boleh digunakan bersama fungsi kesihatan pendengaran di AirPods Pro 2, termasuk ciri Hearing Aid tahap klinikal.
Kemas kini lain
Antara lainnya termasuk ciri Vehicle Motion Cues untuk Mac, Personal Voice, serta Share Accessibility yang merupakan cara baharu untuk membolehkan pengguna berkongsi tetapan aksesibiliti dengan cepat dan sementara ke iPhone atau iPad lain.
{suggest}