Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26 rumors

Tiada iOS 19, Apple Dilapor Akan ‘Lompat’ Ke iOS 26 – Ini Sebabnya

Diterbitkan Mei 29, 2025 · Dikemas kini Mei 29, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan bakal melakukan perubahan besar pada nama sistem operasinya sebagai sebahagian daripada rombakan menyeluruh.

Menurut sumber Bloomberg, sistem operasi Apple yang seterusnya tidak lagi akan menggunakan nombor versi seperti sebelum ini. Sebaliknya, ia akan dinamakan mengikut tahun.

Ini bermakna iOS 19 akan digantikan dengan nama baharu “iOS 26”. Perubahan ini juga melibatkan sistem operasi lain seperti iPadOS 26, macOS 26, watchOS 26, tvOS 26 dan visionOS 26.

Apple membuat perubahan ini bagi “menyeragamkan penjenamaan” dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna serta pembangun aplikasi, kata Bloomberg.

Selain itu, penyelarasan penjenamaan ini dilaporkan bertepatan dengan rancangan Apple untuk melakukan reka bentuk semula secara menyeluruh bagi semua platformnya. Matlamat utama adalah untuk menyatukan keseluruhan ekosistem Apple, baik dari segi jenama mahupun reka bentuk.

Apple dijangka akan mengumumkan penjenamaan sistem operasi baharu ini semasa acara WWDC 25 yang dijadualkan bermula pada 10 Jun 2025.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Apple Dijangka Bawa Perubahan Besar Pada iOS 19
  • Ini Gambaran Awal iOS 19
  • Apple Dedah Ciri Aksesibiliti Baharu Dalam iOS 19

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY