Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Raya Deals

Miliki PS5 Pada Harga RM2,155 dan Siri iPhone 15 Serendah RM66/bulan Dengan Tawaran Raya CelcomDigi

Diterbitkan Mac 26, 2024 · Dikemas kini Mac 26, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi hari ini memperkenalkan tawaran terbaharunya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024.

Mulai hari ini hingga 13 Mei 2024, pelanggan CelcomDigi boleh menikmati tawaran menarik ini termasuk penjimatan, peranti 5G terkini, pas video, alat permainan dan langganan premium.

Hiburan dengan pas video berkelajuan tinggi

Pas ini disertakan dengan Internet 555GB untuk penstriman Video Berkelajuan Tinggi hanya pada RM5 sahaja (sah untuk 3 hari).

Pas ini boleh digunakan untuk Netflix, YouTube, Viu dan iQiyi yang tersedia untuk pengguna Prabayar dan Pascabayar melalui Aplikasi Celcom Life, Aplikasi MyDigi, dan UMB.

CelcomDigi Raya 2024

Telefon pintar serendah RM103/bulan

Bermula daripada RM103/bulan, anda boleh membeli telefon pintar boleh lipat paling nipis dan ringan, Honor Magic V2 dengan penjimatan sehingga RM3,291 (termasuk diskaun tambahan RM360) serta hadiah percuma bernilai RM1,599.

Screenshot 2024-03-26 at 1.07.04 PM

Bagi peminat iPhone pula, anda boleh memiliki siri iPhone 15 terbaharu bermula dari RM66/bulan, dan menikmati penjimatan sehingga RM2,415 (termasuk diskaun tambahan RM720).

Tawaran ini hanya menerusi CelcomDigi Easy360 di mana anda boleh mendapatkan peranti terkini dengan bayaran pendahuluan RM0 dan tanpa faedah bersama Internet Tanpa Had 4G/5G.

CelcomDigi Postpaid 5G

Pakej MegaJimat

Dengan pakej MegaJimat pula, anda boleh memiliki telefon pintar Realme 12 5G 512GB terbaru yang boleh didapati pada harga hanya RM279 (RRP: RM1,299, penjimatan RM1,020).

Manakala vivo Y100 5G 256GB ditawar pada harga RM349 (RRP: RM1,199, penjimatan RM850).

Screenshot 2024-03-26 at 1.00.25 PM
Screenshot 2024-03-26 at 1.05.08 PM

Miliki 2 telefon pintar ini dan nikmati rebat bulanan RM10 berserta 150GB Internet 5G/4G bersama Pakej MegaJimat, eksklusif untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 80.​

Konsol PlayStation 5 Digital Edition (Slim)

Dengan hanya RM2,155, semua pelanggan CelcomDigi Fiber 300Mbps dan ke atas kini boleh membeli konsol PlayStation®5 Digital Edition (Slim) lengkap dengan alat kawalan wayarles DualSense secara percuma, tersedia sementara stok masih ada.

Screenshot 2024-03-26 at 1.12.52 PM

Ketahui lebh lanjut pelbagai tawaran istimewa Raya CelcomDigi yang lain di laman https://www.celcomdigi.com/ms/promotions-raya-deals.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Siaran Media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY