Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pakar Sekuriti Jelaskan Mengapa Facebook Messenger Sebenarnya Lebih Berbahaya Dari WhatsApp

Meta Lancar 4 Ciri Baharu Untuk Pengguna Facebook Messenger

Diterbitkan April 14, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas sekian lama, platform permesejan Facebook Messenger menerima kemas kini penting yang akhirnya membenarkan pengguna memuat naik foto HD serta menghantar fail yang lebih besar.

Menurut Meta, Facebook Messenger kini mempunyai pilihan untuk memuat naik foto HD apabila menghantar imej kepada orang lain.

Ciri ini berfungsi sama seperti yang telah ditawarkan untuk pengguna WhatsApp tahun lepas, dengan butang untuk menghantar imej dalam resolusi penuh bagi menghantar sama ada satu atau berbilang imej HD.

Walaupun masih terdapat sedikit pemampatan semasa menghantar foto HD, tetapi imej yang dihantar kini kelihatan lebih jelas berbanding sebelumnya.

Meta Lancar 4 Ciri Baharu Untuk Pengguna Facebook Messenger

Untuk menghantar fail pula, Facebook Messenger kini membolehkan anda menghantar fail bersaiz sehingga 100MB.

Tap sahaja pada butang + dan kemudian pilih fail sehingga 100MB. Semua format fail utama disokong, termasuk Word, PDF dan Excel.

Meta Lancar 4 Ciri Baharu Untuk Pengguna Facebook Messenger

Selain itu, Meta turut mengumumkan anda kini boleh mencipta album foto dan video untuk dikongsi, disusun untuk kenangan pada detik terbaik dalam Facebook Messenger.

Meta Lancar 4 Ciri Baharu Untuk Pengguna Facebook Messenger
Meta Lancar 4 Ciri Baharu Untuk Pengguna Facebook Messenger

Juga satu lagi ciri baru yang dimuatkan dalam Facebook Messenger adalah anda boleh berhubung dengan orang ramai dengan lebih mudah dengan hanya mengimbas kod QR Messenger mereka atau berkongsi kod anda melalui pautan.

Hanya pergi ke Settings anda dan ketik ikon kod QR di bahagian atas. Dari situ, mereka boleh mengimbas kod anda atau anda boleh berkongsi pautan dengan mengetik butang Share.

Meta Lancar 4 Ciri Baharu Untuk Pengguna Facebook Messenger

Untuk mendapatkan semua ciri baharu ini, pastikan anda mengemas kini aplikasi Facebook Messenger kepada versi terbaru. Sebahagian ciri baharu ini pula ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY