Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Home Solar Perkenal Pilihan Pembelian Terus

Maxis Home Solar Perkenal Pilihan Pembelian Terus

Diterbitkan Mei 12, 2026 · Dikemas kini Mei 12, 2026 oleh Amalina Athman

Maxis kini memperluaskan tawaran Maxis Home Solar dengan memperkenalkan pilihan pembelian terus atau Outright Purchase untuk pengguna di Malaysia, sebagai alternatif kepada pelan langganan yang dilancarkan tahun lalu.

Melalui pilihan baharu ini, pengguna boleh memiliki sepenuhnya sistem solar yang dipasang di rumah mereka. Ia dilihat sesuai untuk pemilik rumah yang mahu penjimatan jangka panjang serta lebih kawalan terhadap penggunaan tenaga di rumah.

Menurut Maxis, pengguna boleh mengurangkan bil elektrik bulanan sehingga 80%, dengan potensi memulihkan pelaburan awal dalam tempoh seawal tiga hingga lima tahun. Untuk memudahkan pembelian, Maxis turut menawarkan pelan bayaran ansuran dengan kadar faedah 0% sehingga 36 bulan melalui bank rakan terpilih.

Pelanggan yang mendaftar sebelum 31 Mei 2026 juga akan menikmati penyelenggaraan, perlindungan insurans dan pemantauan prestasi sistem solar secara percuma sehingga lima tahun. Pelan ini meliputi sebarang kerosakan tidak sengaja pada komponen sistem PV solar, termasuk panel dan penyongsang (inverter).

Maxis Home Solar 2026_

Pilihan baharu ini dilihat selari dengan usaha kerajaan menggalakkan penggunaan tenaga solar menerusi program Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP), yang bertujuan membantu isi rumah mengurangkan kesan ketidaktentuan harga elektrik.

Dalam pada itu, Maxis menyatakan Maxis Home Solar menyediakan sokongan menyeluruh, termasuk pemasangan, waranti, perkhidmatan selepas pemasangan serta pemantauan prestasi sistem secara berterusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini atau tempahan konsultasi percuma, layari Maxis Home Solar.

Berkaitan

  • Maxis Home Solar Kini Tersedia Di Seluruh Semenanjung — Jimat Bil Elektrik Hingga 25%
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • UTM Bangunkan Stesen Pengecas EV Berkuasa Solar PV Sepenuhnya
  • Huawei Lancar FusionSolar 9.0 Di Malaysia, Perkenal Penyelesaian Solar Pintar Berasaskan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY