Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Patrick Er, Director of Maxis Green Solutions Sdn Bhd and the Chief People and Transformation Officer of Maxis

Maxis Home Solar Kini Tersedia Di Seluruh Semenanjung — Jimat Bil Elektrik Hingga 25%

Diterbitkan April 29, 2025 · Dikemas kini April 29, 2025 oleh Amalina Athman

Maxis kini mengumumkan bahawa perkhidmatan langganan Maxis Home Solar akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia, bermula Mei 2025.

Dengan bayaran pendahuluan serendah RM1,000, Maxis Home Solar menawarkan penyelesaian tenaga solar yang mudah diakses. Sistem ini direka untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah, dengan cadangan khusus berdasarkan saiz rumah dan penggunaan elektrik pengguna.

Pengguna boleh memilih dua pilihan pembayaran, sama ada melalui yuran bulanan tetap atau berdasarkan tenaga yang dihasilkan.

Maxis Home Solar KV

Langganan bulanan merangkumi panel solar, inverter, pemasangan, pembaikan dan penyelenggaraan, serta pemantauan proaktif. Maxis turut menyediakan sokongan pelanggan 24/7 serta perlindungan insurans dan pengurusan waranti.

Patrick Er, Director of Maxis Green Solutions Sdn Bhd and the Chief People and Transformation Officer of Maxis

Dengan Home Solar, Maxis mengatakan pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga 25% pada bil elektrik seawal hari pertama penggunaan, dengan perlindungan jangka panjang terhadap kenaikan kos tenaga.

Dalam pada itu, Maxis turut berkongsi bahawa penyelesaian Home Solar ini akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna, termasuk pelanggan bukan Maxis, menjelang akhir 2025.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Maxis Perkenal 'Mobile Identity', Tangani Isu Penipuan Bermula Dengan API Pengesahan Nombor
  • Maxis Tawar Servis Langganan Solar, Eksklusif Untuk Pelanggannya Sahaja
  • Nokia Perkasakan Pusat Data Maxis Dengan Teknologi Terkini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY