Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis-home-solar-herobanner-desktop-2x (1)

Maxis Tawar Servis Langganan Solar, Eksklusif Untuk Pelanggannya Sahaja

Diterbitkan Februari 20, 2025 · Dikemas kini Februari 20, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat telekomunikasi Maxis Bhd. kini menawarkan satu lagi servis baharu dalam barisan produk sedia adanya dengan menawarkan servis langganan solar.

Servis yang dikenali sebagai Maxis Home Solar itu adalah perkhidmatan berasaskan langganan  yang kini tersedia secara eksklusif untuk pelanggan Maxis sahaja.

Namun begitu, perkhidmatan ini hanya tersedia untuk para pelanggan Maxis yang berada di dalam kawasan Lembah Klang. Tetapi Maxis memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha meluaskan penawaran Maxis Home Solar baru ini ke seluruh Malaysia.

Maxis Home Solar ditawarkan untuk pelanggan Maxis di Lembah Klang yang meliputi saiz rumah kecil, sederhana dan besar.

Maxis memberi contoh, untuk rumah kecil (7.2kWp) dengan bil semasa RM500, dianggarkan boleh menikmati bil semasa mereka itu pada harga serendah RM120 selepas melanggan Maxis Home Solar.

Maxis Home Solar

Jadi, bagi pelanggan Maxis yang tertarik dengan tawaran servis baharu ini, boleh layari laman rasmi Power Your Home with Maxis’ Solar Panel Service atau lawati stor Maxis berhampiran anda untuk info lebih lanjut.

Berkaitan

  • TNB Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Robot Operasikan Hub Logistik DHL Seluas 22,000 meter persegi Di Pulau Pinang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY