Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UTM Bangunkan Stesen Pengecas EV Berkuasa Solar PV Sepenuhnya

UTM Bangunkan Stesen Pengecas EV Berkuasa Solar PV Sepenuhnya

Diterbitkan April 30, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta sejarah sebagai universiti awam pertama di Johor yang membangunkan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berkuasa sepenuhnya daripada tenaga solar fotovolta (PV).

Sudah pun mula beroperasi sejak 2025 lagi,  stesen pengecas ini membolehkan pengguna EV menikmati pengecasan menggunakan 100% tenaga bersih dan mesra alam.

Projek ini menggabungkan teknologi solar PV dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS), sekali gus memastikan bekalan tenaga yang stabil dan berterusan.

UTM Bangunkan Stesen Pengecas EV Berkuasa Solar PV Sepenuhnya

Ia merupakan hasil kerjasama strategik antara pihak akademik, kerajaan dan industri, dengan sokongan dana daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui NanoMalaysia Berhad.

Stesen ini mampu mengecas sehingga tiga kenderaan EV dari 0% ke 100% menggunakan tenaga solar, dengan pilihan pengecasan pantas 60 kW dan sederhana 22 kW.

Sistem ini turut mempunyai ciri “islanding mode”, membolehkan ia terus beroperasi walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam BESS.

Selain itu, sistem pintarnya akan mengutamakan penggunaan tenaga solar sebelum beralih kepada bateri dan seterusnya grid konvensional jika diperlukan.

UTM Bangunkan Stesen Pengecas EV Berkuasa Solar PV Sepenuhnya
Hanya apabila simpanan bateri BESS habis, sistem akan beralih secara automatik kepada tenaga konvensional daripada grid TNB.

Jika anda pengguna EV, bolehlah ke stesen pengecas ini yang terletak di tempat letak kereta blok lama Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), kampus UTM Johor Bahru.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • BYD Perkenal Bateri Bilah 2.0 Dan Pengecas EV 1,500 kW
  • CATL Perkenal Bateri EV 255 Kg Lebih Ringan, Julat Sehingga 1,000 Km

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY