Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SOLAR ATAP_ARUS ENERG_

Gantikan NEM, Inisiatif Solar ATAP Akan Dilaksanakan Bermula 1 Januari 2026

Diterbitkan Disember 19, 2025 · Dikemas kini Disember 19, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan melaksanakan skim Solar Accelerated Transition Action Programme atau Solar ATAP yang baharu, bermula 1 Januari 2026, bagi meneruskan inisiatif untuk memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) daripada sumber solar.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan program ini merupakan kesinambungan kepada Net Energy Metering (NEM) yang telah tamat pada Jun 2025.

Menurut PETRA, terdapat beberapa penambahbaikan dari cadangan asal bagi Solar ATAP.

Di bawah Solar ATAP, tiada kuota khusus yang ditetapkan. Namun, kerajaan boleh meletakkan satu had tertentu pada bila-bila masa sekiranya kemasukan solar tidak terkawal menjejaskan sistem grid nasional.

Selain itu, prinsip asas NEM, iaitu membolehkan lebihan tenaga dijual kepada sistem grid sebagai offset tenaga dengan penyesuaian lebih menarik berbanding Program Solar for Self-consumption (SelCo) sedia ada.

Antara lainnya termasuk penetapan kadar offset tenaga pada harga pasaran elektrik iaitu pada kadar system marginal price (MGP) bagi pengguna bukan domestik dan kadar caj tenaga untuk kumpulan domestik, serta had pemasangan sistem solar ditetapkan pada kadar 100% permintaan maksimum.

Pengguna domestik 1-fasa turut dibenarkan untuk memasang solar dengan kapasiti 5kW, manakala kapasiti solar bagi rumah dengan pepasangan 3-fasa pula dinaikkan dari 12.5kW kepada 15kW.

Suruhanjaya Tenaga selaku badan kawal selia industri pembekalan elektrik akan menyediakan Garis Panduan Solar ATAP yang boleh diakses di laman sesawang ST bermula 31 Disember 2025.

Sementara itu, permohonan untuk program ini boleh dikemukakan bermula 1 Januari 2026 melalui laman Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.

Berkaitan

  • TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia
  • EV Mampu Milik Ubah Landskap Automotif Malaysia, Tapi Isu Pengecasan Di Kondominium Kekal Cabaran
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • TotalEnergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Projek Solar Di Kedah Untuk Pusat Data Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY