Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macOS tahoe final release untuk intel mac_

macOS Tahoe Jadi Versi Terakhir Sokong Mac Dengan Cip Intel

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh Amalina Athman

macOS Tahoe akan menjadi kemas kini perisian terakhir untuk Mac yang menggunakan cip Intel, selaras dengan langkah syarikat itu untuk menghentikan sokongan terhadap model tersebut selepas peralihannya ke cip Apple.

Pengumuman itu dibuat oleh Matthew Firlik, Pengarah Kanan Perhubungan Pembangun Apple, dalam sesi Platforms State of the Union di acara WWDC 2025.

Ini bermakna, mulai tahun depan, semua versi terbaru sistem operasi macOS hanya akan menyokong Mac dengan cip Apple, bermula dari model M1 tahun 2020 dan seterusnya.

Walaupun Mac Intel masih akan menerima kemas kini keselamatan penting untuk beberapa tahun akan datang, pengguna perlu maklum bahawa tiada lagi ciri baharu akan diberikan mulai macOS 27 kerana semua model Intel tidak lagi disokong.

Ketika ini, Apple sudah pun mula menghentikan sokongan untuk beberapa model yang tidak menggunakan cip Apple.

Sebagai contoh, macOS Tahoe tidak lagi menyokong mana-mana MacBook Air atau Mac mini berasaskan Intel. Namun begitu, masih ada beberapa model Mac Intel yang disokong oleh macOS Tahoe.

Dengan macOS Tahoe, Apple memperkenalkan antara muka baharu dikenali sebagai Liquid Glass, serta beberapa ciri menarik lain. Ini termasuk versi Spotlight yang lebih berkuasa, sokongan Live Activities dari iPhone serta kehadiran aplikasi Phone pada Mac.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
  • macOS Tahoe Diumumkan, Bawa Lebih Banyak Ciri iOS Ke macOS
  • Beberapa Barisan Model Mac Terdahulu Dengan Cip Intel Tidak Menyokong macOS 26

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY