Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2025-06-10 at 2.07.06 AM

Beberapa Barisan Model Mac Terdahulu Dengan Cip Intel Tidak Menyokong macOS 26

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh ariff bukhari

Apple di acara WWDC 25 hari ini telah pun mengumumkan nama rasmi bagi versi  macOS 26 baharunya iaitu macOS Tahoe.

Seperti biasa, apabila versi macOS baharu diumumkan, ini bermakna model tertentu sahaja yang akan menyokong untuk menerima naik taraf macOS baharu tersebut.

Apple telah mengemas kini laman sesawangnya yang menunjukkan bahawa macOS Tahoe menggugurkan sokongan untuk beberapa Mac berasaskan Intel terdahulu.

Beberapa Barisan Model Mac Terdahulu Dengan Cip Intel Tidak Menyokong macOS 26

Ini bermakna, senarai model-model Mac terdahulu di bawah yang menyokong macOS Sequoia kini tidak lagi menyokong macOS Tahoe.

  • MacBook Air (Retina, 13-inci, 2020)
  • MacBook Pro (13-inci, 2018, Empat port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (15-inci, 2018)
  • MacBook Pro (13-inci, 2019, Empat port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (15-inci, 2019)
  • MacBook Pro (13-inci, 2019, Dua port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-inci, 2020, Dua port Thunderbolt 3)
  • iMac (Retina 5K, 27 inci, 2019)
  • iMac (Retina 4K, 21.5 inci, 2019)
  • iMac Pro (2017)
  • Mac mini (2018)

macOS Tahoe kini tersedia untuk diuji bermula hari ini melalui Apple Developer Program untuk pembangun.

Pengguna umum pula boleh mencuba versi macOS 26 ini lebih awal menerusi Public Beta pada bulan hadapan.

Versi penuhnya pula hanya akan tersedia kepada semua model Mac yang menyokongnya seawal bulan September nanti.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Apple Umum 'Liquid Glass' - Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple
  • macOS Tahoe Diumumkan, Bawa Lebih Banyak Ciri iOS Ke macOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY