Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2025-06-10 at 1.55.56 AM

macOS Tahoe Diumumkan, Bawa Lebih Banyak Ciri iOS Ke macOS

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh ariff bukhari

Apple mengumumkan nama bagi macOS 26 adalah macOS Tahoe dengan membawakan lebih banyak ciri iOS akan datang ke macOS, termasuk Live Translation dan Image Playground baharu.

Tetapi kemas kini terbesar ialah reka bentuk antaramuka baharunya yang menampilkan rekaan Widget, Dock dan Ikon aplikasi yang dikemas kini dengan Liquid Glass.

macOS Tahoe 1
Bar menu macOS Tahoe kini telus sepenuhnya, menjadikan paparan terasa lebih besar.

Turut yang baru diperkenalkan adalah folder macOS yang menerima warna dan emoji baharu.

Integrasi antara aplikasi di macOS dan iOS juga lebih banyak di mana ia dipaparkan dalam bar menu, dan jika anda mklik padanya, ia akan dibuka dalam iPhone Mirroring.

macOS Tahoe 3
Aplikasi telefon baharu pada Mac terima lebih banyak ciri yang sama di iPhone seperti Call Screening dan Live Translation.
macOS Tahoe 2

Spotlight juga kini lebih berkuasa dengan sokongan intelligent bagi menghantar emel, mesej atau menambah peringatan.

macOS Tahoe 4

Selain penambahbaikan itu, Apple turut  membawakan pelbagai tajuk baharu permainan yang bakal hadir di Mac, termasuk Crimson Desert dan InZOI.

Permainan ini menggunakan teknologi canggih seperti MetalFX Upscaling dan menyokong cip M3 dan M4 dengan ray tracing untuk prestasi lebih lancar dan grafik menakjubkan.

macOS Tahoe Diumumkan, Bawa Lebih Banyak Ciri iOS Ke macOS

Tajuk lain yang akan datang termasuklah Cyberpunk 2077, Cronos: The New Dawn, Architect: Land of Exiles, Lies of P: Overture, HITMAN World of Assassination, EVE Frontier, dan Where Winds Meet.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY