Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26

Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini memperkenalkan pratonton iOS 26, kemas kini besar yang hadir dengan reka bentuk baharu yang lebih menarik, ciri pintar yang ditambah baik, serta peningkatan pada aplikasi harian yang sering digunakan.

Menariknya, Apple turut mencuri tumpuan apabila terus melangkau iOS 19 dan memperkenalkan sistem operasi ini sebagai iOS 26 – menyeragamkan penjenamaan nombor versi merentasi semua platform Apple mengikut tahun.

Antara muka baharu iOS 26 direka untuk memberikan pengalaman yang lebih ekspresif, namun masih mengekalkan ‘identiti’ iOS yang mesra pengguna seperti versi sebelumnya. Berikut merupakan sejumlah ciri baharu yang hadir dalam iOS 26.

Liquid Glass

Apple memperkenalkan rekaan baharu yang dinamakan ‘Liquid Glass’, bahan lutsinar yang boleh memantulkan dan membiaskan elemen sekeliling, sekali gus menyerlahkan kandungan dan memberikan kesan visual yang lebih hidup merentas kawalan sistem, navigasi, ikon aplikasi, widget dan banyak lagi.

Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26

Reka bentuk ini turut meliputi Home Screen dan Lock Screen, menjadikannya lebih peribadi dan ekspresif berbanding sebelum ini. Pengguna juga boleh menyesuaikan ikon aplikasi dan widget dengan lebih fleksibel, termasuk pilihan gaya lutsinar yang tampak moden dan elegan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/10020926/Apple-WWDC25-iOS-26-Liquid-Glass-Lock-Screen-fluid-time-250609.mp4

Di Lock Screen, paparan masa kini boleh disesuaikan secara automatik mengikut ruang dalam imej latar, manakala wallpaper dengan elemen spatial kini kelihatan lebih hidup dengan kesan 3D apabila iPhone digerakkan.

Screenshot 2025-06-10 at 1.17.08 AM
Screenshot 2025-06-10 at 1.17.18 AM
Screenshot 2025-06-10 at 1.17.25 AM
Screenshot 2025-06-10 at 1.17.31 AM

Aplikasi Camera pula menerima reka bentuk baharu yang lebih ringkas dan kemas. Manakala dalam Photos, susun atur dipertingkatkan dengan dua tab utama – Library dan Collections, bagi memudahkan pencarian dan pengurusan foto.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/10021106/Apple-WWDC25-iOS-26-Liquid-Glass-Photos-app-250609.mp4

Di Safari, halaman web kini mengalir dari atas ke bawah skrin, membolehkan lebih banyak kandungan dipaparkan tanpa mengorbankan akses ke fungsi penting seperti butang refresh dan search.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/10021114/Apple-WWDC25-iOS-26-Liquid-Glass-Safari-250609.mp4

Untuk Apple Music, News, dan Podcasts, bar tab kini direka semula agar ‘terapung’ di atas kandungan, mengecil secara automatik ketika pengguna melayari dan kembali mengembang apabila skrin ditatal ke atas, menjadikan kandungan sentiasa diutamakan.

Apple Intelligence

Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26

Apple Intelligence kini menjadikan iPhone lebih pintar dan peribadi. Antara ciri menarik:

  • Live Translation diintegrasikan dalam Messages, FaceTime & Phone – membantu pengguna berkomunikasi merentasi bahasa, terjemahan teks dan audio secara langsung.
  • Visual Intelligence bantu kenal pasti kandungan di skrin  – boleh cari maklumat, tanya ChatGPT, atau buat carian imej serupa di Google, Etsy dan lain-lain. Jika nampak acara, iPhone boleh cadangkan tambah ke kalendar secara automatik.
  • Genmoji & Image Playground – gabung emoji, Genmoji dan teks untuk ekspresi unik.
  • Shortcuts lebih bijak – saran tindakan pintar berdasarkan konteks.
https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/10023615/Apple-WWDC25-iOS-26-Apple-Intelligence-Image-Playground-with-ChatGPT-250609.mp4

Apple Music

Dalam iOS 26, Apple Music hadir dengan dua ciri menarik untuk peminat muzik seluruh dunia: Lyrics Translation dan Lyrics Pronunciation.

Screenshot 2025-06-10 at 1.31.31 AM
Screenshot 2025-06-10 at 1.31.42 AM

Dengan Lyrics Translation, pengguna boleh memahami maksud lirik lagu dalam bahasa sendiri. Sementara itu, Lyrics Pronunciation membantu pengguna menyebut lirik dengan betul, memudahkan semua orang menyanyi bersama, tanpa mengira bahasa asal lagu.

Phone

Screenshot 2025-06-10 at 1.24.41 AM

Aplikasi Phone menerima kemas kini penting yang menyatukan Favorites, Recents dan Voicemail dalam satu paparan dan mudah diakses.

Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26

Dengan ciri Call Screening,  ia membantu menghapuskan gangguan dengan mengumpulkan maklumat daripada pemanggil dan memberi pengguna butiran yang diperlukan untuk memutuskan sama ada mahu mengangkat atau mengabaikan panggilan tersebut.

Satu lagi ciri menarik ialah Hold Assist yang akan memberitahu pengguna sebaik sahaja ejen sebenar sedia untuk bercakap.

Messages

Aplikasi Messages kini membolehkan pengguna menapis mesej daripada nombor yang tidak dikenali, memberikan lebih kawalan ke atas siapa yang muncul dalam senarai perbualan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/10022445/Apple-WWDC25-iOS-26-Messages-screening-tools-250609.mp4

Mesej daripada pengirim tidak dikenali akan disusun ke dalam folder khas, dan pengguna boleh memilih untuk menandakan nombor itu sebagai dikenali, meminta maklumat lanjut, atau terus memadam mesej tersebut. Selagi belum diterima, mesej itu akan kekal ‘dibisukan’.

Selain itu, pengguna kini boleh mencipta latar belakang khas untuk perbualan, serta membuat undian (poll) terus dalam chat.

Screenshot 2025-06-10 at 1.27.00 AM

Dengan bantuan Apple Intelligence, Messages boleh mengesan bila undian mungkin diperlukan dan mencadangkannya secara automatik.

Selain itu, dalam kumpulan sembang, pengguna kini boleh melihat siapa yang sedang menaip.

CarPlay

Dengan kemas kini iOS 26, CarPlay menerima kemas kini reka bentuk yang lebih menarik dan lebih mesra pengguna.

Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26

Salah satu perubahan utama ialah paparan kompak untuk panggilan masuk. Pengguna boleh lihat siapa yang sedang menelefon tanpa terlepas maklumat penting seperti arah perjalanan seterusnya.

iOS 26 juga membawa ciri Tapbacks dan perbualan yang dipin dalam Messages di CarPlay, serta widget dan Live Activities, membolehkan pengguna dapat terus mengikuti maklumat tanpa kehilangan fokus ketika memandu.

Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26

Kemas kini ini juga hadir dalam CarPlay Ultra, yang membawakan kelebihan iPhone dan kereta untuk pengalaman dengan integrasi lebih mendalam.

Apple Games

Screenshot 2025-06-10 at 1.36.50 AM

Apple Games ialah aplikasi baharu yang menyediakan satu tempat sehenti (all-in-one) untuk semua permainan pengguna. Ia memudahkan pemain kembali ke permainan kegemaran mereka atau mencari permainan baru yang mungkin menjadi pilihan dan sebagainya.

Melalui aplikasi ini, pemain dapat mengikuti perkembangan terkini dalam semua permainan mereka, termasuk acara utama dan kemas kini.

Aplikasi Games juga merupakan cara terbaik untuk menikmati Apple Arcade, perkhidmatan langganan permainan dari Apple yang menawarkan lebih 200 permainan.

Lain-lain

ios 26_2

Selain itu, iOS 26 turut membawa pelbagai penambahbaikan lain seperti ciri aksesibiliti yang lebih mesra pengguna, kawalan ibu bapa yang diperkukuh, serta kemas kini penting pada aplikasi Apple Maps dan Apple Pay. Banyak lagi pembaharuan lain yang bakal memudahkan penggunaan iPhone harian anda.

Ketersediaan

Mulai hari ini, iOS 26 sudah boleh diuji melalui Apple Developer Program di developer.apple.com, manakala versi beta umum akan tersedia bulan hadapan menerusi Apple Beta Software Program di beta.apple.com.

iOS 26

Ciri baharu iOS 26 akan tersedia pada musim luruh ini sebagai kemas kini percuma untuk iPhone 11 dan model lebih baru. Sementara ciri Apple Intelligence yang lebih terperinci memerlukan peranti yang disokong, termasuk semua model iPhone 16, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 26
  • iPadOS 26 Dah Rasmi – Ini 8 Ciri Baharu Yang Jadikan iPad Mirip macOS
  • Apple Umum 'Liquid Glass' - Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple
  • macOS Tahoe Diumumkan, Bawa Lebih Banyak Ciri iOS Ke macOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY