Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Permudah Urusan Dalam Satu Aplikasi, Ini Yang Ada Dalam ‘NINE Super App’ Selangor

Posted on Oktober 15, 2025Oktober 15, 2025

Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini telah memperkenalkan NINE Super App, iaitu aplikasi tunggal yang menghimpunkan pelbagai urusan perkhidmatan dalam satu platform.

Langkah ini bertujuan memperkukuh agenda transformasi digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam di Negeri Selangor ke tahap yang lebih baik.

Melalui NINE Super App, pengguna boleh mengurus pelbagai keperluan harian dengan lebih mudah. Aplikasi ini dilengkapi e-wallet Wavpay yang membolehkan pengguna menambah nilai, membuat bayaran, mengimbas kod QR, memindahkan wang dan mengeluarkan tunai.

Tambah nilai e-wallet boleh dilakukan melalui perbankan dalam talian, manakala untuk melakukan transaksi seperti pemindahan dan pengeluaran, pengguna perlu menaik taraf kepada akaun Ultimate dengan menjalani proses pengesahan yang melibatkan pengesahan ID dan rakaman video swafoto.

Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan kemudahan parkir digital merangkumi bayaran kompaun, parkir luar jalan (off-street parking), dengan tambahan perkhidmatan lain seperi parkir bermusim yang dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.

Untuk sektor pengangkutan, NINE Super App menyokong pembelian tiket GoHub Bus dan KLIA Ekspres, manakala bagi utiliti pula, ia menawarkan kemudahan bayaran bil seperti Air Selangor Online, Indah Water Konsortium (IWK) dan JomPAY.

Menariknya, aplikasi ini turut menyertakan akses tambah nilai prabayar, serta bayaran pascabayar mudah alih untuk penyedia seperti Digi, redONE, U Mobile, XOX dan Yes.

Secara keseluruhan, NINE Super App berperanan sebagai platform digital serba guna yang menggabungkan pelbagai fungsi utama dalam satu aplikasi.

Muat turun aplikasi NINE Super App boleh dilakukan melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress