Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KDN AI Digital Human

KDN Lancar AI Digital Human – Tawar Interaksi Dengan Wakil Maya Dalam 12 Bahasa

Diterbitkan September 14, 2026 ยท Dikemas kini September 14, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan AI Digital Human, satu inovasi berteraskan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan bagi mempertingkat kecekapan penyampaian maklumat serta perkhidmatan kepada rakyat.

Menurut KDN, AI Digital Human merupakan salah satu inisiatif di bawah aspirasi “AI for KDN, KDN for AI” yang menggunakan teknologi AI sebagai medium interaktif baharu dalam komunikasi antara KDN dengan rakyat.

Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi secara langsung dengan wakil maya KDN untuk mendapatkan maklumat dan jawapan berkaitan perkhidmatan serta perkara-perkara di bawah bidang kuasa kementerian.

KDN AI Digital Human_2
Foto: Facebook//Saifuddin Nasution Ismail

Namun begitu, KDN memaklumkan teknologi ini bukan bertujuan menggantikan peranan Menteri atau pegawai kerajaan. Sebaliknya, ia menjadi pelengkap kepada saluran penyampaian perkhidmatan sedia ada.

Sebagai contoh, jika sebelum ini pengguna perlu mendapatkan maklumat melalui carian di portal, menu atau dokumen, AI Digital Human membolehkan mereka mengemukakan pertanyaan secara terus dan menerima penerangan melalui perbualan secara semula jadi.

AI Digital Human turut menggunakan teknologi holografik yang menawarkan pengalaman interaksi seakan-akan berkomunikasi secara bersemuka dengan menampilkan persona Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu, teknologi ini berupaya berinteraksi dalam 12 bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Arab.

KDN AI Digital Human_3
Foto: Facebook//Saifuddin Nasution Ismail

Pelancaran AI Digital Human menandakan satu lagi langkah KDN dalam membangunkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang lebih pintar, responsif dan berorientasikan rakyat, selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan perkhidmatan awam pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • JPN Perjelas Isu Tular Kemas Kini Alamat MyKad
  • JIM Henti Pengeluaran Pasport Lebih 10 Tahun Serta-Merta, Ganti Percuma Pasport Terjejas
  • Gangguan Urusan Cetakan MyKad Dijangka Berlanjutan Hingga 7 September - JPN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY