Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad pengenalan MyKad4_ featured image wiserMY 28082025_

JPN Perjelas Isu Tular Kemas Kini Alamat MyKad

Diterbitkan Julai 23, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan isu tular berhubung kemas kini alamat pada MyKad susulan pelbagai dakwaan dan salah faham yang tersebar di media sosial.

Menurut JPN, kewajipan mengemas kini maklumat termasuk alamat sememangnya telah lama diperuntukkan di bawah Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan bukannya peraturan yang baru diperkenalkan.

“Tiada kempen khusus yang sedang dilaksanakan untuk mewajibkan orang ramai menukar alamat, malah JPN juga tidak menjalankan sebarang operasi khas untuk mengambil tindakan bagi rakyat yang belum mengemas kini alamat pada MyKad,” kata JPN.

Walau bagaimanapun, setiap pemilik MyKad bertanggungjawab memastikan maklumat pada kad pengenalan sentiasa tepat dan terkini. Sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyKad digalakkan hadir ke JPN untuk mengemas kini maklumat tersebut dengan bayaran penggantian sebanyak RM10 bagi warganegara.

Jabatan pendaftaran Negara_tular isu tukar alamat mykad
Foto: Jabatan Pendaftaran Negara

JPN turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan dakwaan bahawa kerajaan sedang memaksa semua rakyat menukar MyKad atau mencari keuntungan melalui pelaksanaan Peraturan 15 kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar serta boleh mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sebaliknya, sebarang pertanyaan berkaitan peruntukan undang-undang atau urusan perkhidmatan JPN boleh dirujuk terus melalui saluran rasmi jabatan itu.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan - Hologram, Kod QR, 'Guilloche'
  • Pasport Malaysia Versi Baharu Dilancarkan - 94 Ciri Keselamatan, Pilihan Tempoh Sah Laku 10 Tahun
  • Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui 'Walk-In'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY