Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasport Malaysia Antarabangsa_image Jabatan Imigresen Malaysia

JIM Henti Pengeluaran Pasport Lebih 10 Tahun Serta-Merta, Ganti Percuma Pasport Terjejas

Diterbitkan Ogos 12, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menetapkan bahawa tempoh sah laku maksimum Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah selama 10 tahun, susulan kekeliruan yang berlaku kepada sebahagian pemegang pasport ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Dalam kenyataan terbaharunya, JIM berkata perkara itu timbul apabila beberapa pemegang PMA yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun menghadapi masalah ketika proses pendaftaran masuk dengan sesetengah syarikat penerbangan di luar negara.

JIM kemudian merujuk perkara tersebut kepada International Civil Aviation Organization (ICAO). Berdasarkan maklum balas yang diterima, pelaksanaan PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun tidak menjadi halangan.

Namun begitu, bagi menyeragamkan tempoh sah laku PMA dan mengelakkan kekeliruan dalam urusan perjalanan, JIM kini menetapkan tempoh sah laku maksimum kepada 10 tahun sahaja. Ia turut mengambil kira kekeliruan berkaitan keperluan tambahan tempoh sah laku enam bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan.

Sebelum ini, JIM membenarkan baki tempoh sah laku pasport lama dibawa ke pasport baharu ketika pembaharuan. Dalam kes tertentu, keadaan ini boleh menyebabkan jumlah tempoh sah laku pasport menjadi sehingga 10 tahun 6 bulan. Sebagai contoh, pasport yang diperbaharui pada Julai 2026 dengan baki enam bulan daripada pasport lama boleh mempunyai tempoh sah laku sehingga Januari 2037.

Susulan penetapan baharu ini, pengeluaran atau tempoh sah laku PMA melebihi 10 tahun akan dihentikan sehingga perkara berkenaan dapat diselesaikan bersama pihak syarikat penerbangan dan ICAO.

Bagi pemegang PMA sedia ada yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun, JIM akan memberikan penggantian pasport secara percuma dengan tempoh sah laku maksimum 10 tahun. Pemegang yang terlibat juga akan diberikan keutamaan dalam urusan penggantian tersebut.

Pada masa sama, JIM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua syarikat penerbangan bagi membantu melancarkan urusan perjalanan rakyat Malaysia yang terjejas di luar negara.

Berkaitan

  • Pasport Malaysia Versi Baharu Dilancarkan - 94 Ciri Keselamatan, Pilihan Tempoh Sah Laku 10 Tahun
  • Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui 'Walk-In'
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY