Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyKad Kad Pengenalan_imagebywisermy (1)

Gangguan Urusan Cetakan MyKad Dijangka Berlanjutan Hingga 7 September – JPN

Diterbitkan September 1, 2026 · Dikemas kini September 1, 2026 oleh Amalina Athman

Orang ramai yang merancang untuk membuat penukaran atau gantian MyKad dalam masa terdekat mungkin perlu menangguhkan urusan tersebut sekali lagi.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka terus mengalami gangguan sehingga 7 September 2026, susulan proses peralihan kepada MyKad Generasi Baharu yang masih diteruskan.

Sebelum ini, gangguan berkenaan dijangka berakhir pada 31 Ogos 2026. Dengan lanjutan tempoh tersebut, JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak supaya menangguhkan sementara urusan penukaran atau gantian MyKad.

Bagi kanak-kanak yang baru mencapai usia 12 tahun, JPN turut menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya menunggu seketika sebelum membuat permohonan MyKad kali pertama. Langkah itu membolehkan mereka menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARU

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu. pic.twitter.com/DwAGlYWpuT

— Jabatan Pendaftaran Negara 🇲🇾 (@jpnhqofficial) September 1, 2026

MyKad Generasi Baharu ini akan hadir dengan beberapa perubahan berbanding versi sedia ada, antaranya 53 ciri keselamatan serta ketiadaan elemen Touch ’n Go.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan - Hologram, Kod QR, 'Guilloche'
  • JPN Perjelas Isu Tular Kemas Kini Alamat MyKad
  • Peralihan MyKad Generasi Baharu, Urusan Cetakan Dijangka Alami Gangguan Sementara 26 Hingga 31 Ogos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY