Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTX 4080 Mungkin Diperkenal Pada Hujung Tahun Ini

Kad Grafik Siri Nvidia GeForce RTX 4000 Mungkin Dilancar Lebih Awal

Diterbitkan Mei 17, 2022 · Dikemas kini Mei 19, 2022 oleh Firdaus

Anda mungkin akan dapat melihat pelancaran siri Nvidia GeForce RTX 4000 lebih awal daripada apa yang kita jangkakan. Hal ini kerana, RTX 4000 dengan nama kod “Lovelace” mungkin akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Berdasarkan pemberi maklumat kad grafik terkenal kopite7kimi , beliau mengatakan kad grafik generasi seterusnya mungkin akan dilancarkan lebih awal.

Ada Lovelace will come out a little bit earlier. Keep patient.

— kopite7kimi (@kopite7kimi) August 26, 2021

Berdasarkan ura-ura sebelum ini, Nvidia dijangka akan melancarkan siri RTX 4000 pada hujung tahun ini. Tetapi ia mungkin akan keluar pada suku ketiga tahun ini sekiranya dan harapnya apa yang dikatakan kopite7kimi itu menjadi kenyataan.

Oleh itu, anda boleh jangkakan Nvidia akan mengeluarkan pengumuman penting pada bulan Julai, Ogos atau September nanti. Ura-ura datangan RTX 4000 ini dan CPU Intel Gen-13 merupakan berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh komuniti PC dunia.

Komuniti menjangkakan peningkatan prestasi yang amat memberangsangkan dalam prestasi PC apabila Intel dan Nvidia melancarkan produk andalan mereka pada tahun 2022 ini.

Saya mengesyorkan anda untuk menunggu dulu daripada membeli sebarang kad grafik dalam masa terdekat ini. Tetapi sekiranya anda memang memerlukan kad grafik baharu dalam masa terdekat, ini merupakan pilihan kad grafik mengikut bajet anda.

Sumber: Tom’s Guide

Baca juga:

  • Ada Bajet Tapi Masih Keliru? Ini GPU Terbaik Ikut Bajet Anda
  • Mungkin Ini Spesifikasi Kad Grafik RTX 4090
  • Kad Grafik Terbaru RTX 4000 Mungkin Tak Sokong PCIe Gen 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY