Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia GeForce RTX 3060 Ti Akan Diperkenalkan Selepas RTX 3070 Mula Dijual Secara Rasmi

Mungkin Ini Spesifikasi Kad Grafik RTX 4090

Diterbitkan Mei 12, 2022 · Dikemas kini Mei 12, 2022 oleh Firdaus

Kad grafik Nvidia bagi siri GeForce RTX 4000 (Ada Lovelace) terus menerus menyajikan kita dengan pelbagai khabar angin. Berdasarkan ciapan kopite7kimi, beliau telah berkongsi akan spesifikasi memori yang berkemungkinan akan kita lihat pada GeForce RTX 4090 dan RTX 4070.

RTX 4090, PG137/139-SKU330, AD102-300, 21Gbps 24G GDDR6X, 600W
RTX 4070, PG141-SKU341, AD104-400, 18Gbps 12G GDDR6, 300W

— kopite7kimi (@kopite7kimi) May 10, 2022

RTX 4090 mungkin akan hadir dengan memori GDDR6X sebesar 24 GB dan mampu memproses data selaju 21 Gbps. Selain itu, seandainya Nvidia mengekalkan RTX 4090 dengan antara muka memori 384-bit yang sama seperti RTX 3090 Ti.

RTX 4090 mampu menghasilkan “memory bandwith” sehingga 1 Tbps. Nilai itu 7.7% lebih tinggi daripada RTX 3090 ketika ia dilancarkan pada 2020. Berikut merupakan spesifikasi yang mungkin akan kita lihat pada kad-kad grafik siri Nvidia GeForce RTX 4000:

Spesifikasi  GeForce RTX 4090*  GeForce RTX 4080*  GeForce RTX 4070* 
Seni Bina  AD102  AD103  AD104 
Kelajuan VRAM (Gbps)  21  ?  18 
Saiz VRAM (GB)  24  16  12 
TDP (watts)  600  450  300 

**Spesifikasi di atas adalah tidak rasmi

Kita mungkin akan melihat Nvidia melancarkan siri GeForce RTX 4000 selewatnya pada hujung tahun ini. Jika Nvidia mengekalkan corak pelancaran mereka seperti siri RTX 3000, kita akan melihat RTX 4090 dan RTX 4080 dahulu dan model yang lebih bajet pada beberapa bulan kemudian.

Sumber: Tom’s Hardware 

Baca juga:

  • Kad Grafik Terbaru RTX 4000 Mungkin Tak Sokong PCIe Gen 5
  • RTX 4080 Mungkin Diperkenal Pada Hujung Tahun Ini
  • RTX 3090 Ti Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Mungkin Sekitar RM10K

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY