Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar

Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar

Diterbitkan Oktober 23, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2026 oleh srhhazirah

Pelajar di institusi pengajian tinggi tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk membeli lesen perisian Microsoft Office. Dengan menggunakan alamat e-mel rasmi pelajar, anda boleh mengakses Microsoft 365 Education secara percuma sepanjang tempoh pengajian.

Inisiatif ini dapat memberikan akses lengkap kepada pelbagai perisian yang produktiviti utama tanpa dikenakan sebarang caj bulanan.

Kelebihan Microsoft 365 Education

Menerusi kemudahan ini, pelajar akan menerima pelbagai manfaat seperti:

  • Akses versi penuh: Mengandungi perisian Word, Excel, PowerPoint, Teams, dan OneNote versi terkini.
  • Perisian rasmi dan selamat: Ia menggunakan lesen sah yang boleh terhindar daripada risiko fail rosak atau ancaman perisian tebusan.
  • Sokongan pelbagai peranti: Boleh digunakan secara serentak iaitu pada komputer peribadi, tablet, dan telefon pintar.
  • Storan awan OneDrive 1TB: Kapasiti storan tambahan sebanyak 1TB disediakan bagi memudahkan anda menyimpan dokumen dan tugasan akademik.

Ikuti langkah di bawah untuk cara penebusan.

Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma

  1. Layari portal rasmi https://m365.cloud.microsoft/ Layari portal rasmi https://m365.cloud.microsoft/
  2. Log masuk menggunakan e-mel rasmi pelajar. Sistem akan membuat semakan kelayakan secara automatik berasaskan domain e-mel institusi anda. Log masuk menggunakan e-mel rasmi pelajar. Sistem akan membuat semakan kelayakan secara automatik berasaskan domain e-mel institusi anda.
  3. Setelah pengesahan berjaya, perisian Microsoft automatik masuk ke dalam peranti anda dan sudah sedia digunakan. Setelah pengesahan berjaya, perisian Microsoft automatik masuk ke dalam peranti anda dan sudah sedia digunakan.

Tidak semua universiti menyediakan Microsoft 365 Education kepada pelajar. Anda perlu periksa terlebih dahulu dengan hal ehwal pelajar untuk pengesahan.

Sebagai peringatan, pelajar dinasihatkan supaya membuat sandaran (backup) bagi semua fail penting ke dalam storan peribadi sebelum menamatkan pelajaran. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada kehilangan data apabila akaun e-mel pelajar dinyahaktifkan kelak.

Berkaitan

  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
©2026 WISER.MY