Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
arc browser

Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia

Diterbitkan Oktober 23, 2026 oleh Amsyar Latif

The Browser Company akan menamatkan pelayar web Arc secara berperingkat, dengan Arc untuk macOS dan Windows berhenti berfungsi sepenuhnya pada 22 Disember 2026. Pengguna digalakkan beralih ke Dia, pelayar baharu syarikat itu.

Proses penamatan bermula pada 22 Oktober 2026, apabila pendaftaran akaun Arc baharu dihentikan. Pengguna sedia ada masih boleh menggunakan Arc seperti biasa, dan versi terkini menambah pilihan untuk mengeksport semua data serta proses import yang lebih lancar ke Dia.

Pada 23 November 2026, Browse for Me dan ciri AI lain dalam Arc Search untuk iOS dan Android akan dimatikan. Pengguna juga tidak lagi boleh log masuk atau menyegerakkan tab. Arc Search iOS akan kekal sebagai pelayar versi ringkas.

Pada 22 Disember 2026, Arc untuk macOS dan Windows tidak lagi boleh diakses, dan semua akaun Arc akan dinyahaktifkan. Menurut syarikat, data peribadi berkaitan akaun tersebut akan dipadam dalam tempoh 30 hari.

Arc Search untuk Android pula akan ditamatkan sepenuhnya, dikeluarkan dari Google Play Store dan juga dari peranti yang telah memasangnya. Bagaimanapun, syarikat tidak memperincikan bagaimana penyingkiran daripada peranti pengguna akan dilaksanakan.

The Browser Company menjelaskan bahawa mengekalkan keselamatan pelayar memerlukan usaha berterusan yang semakin meningkat dalam era AI.

Dia dibina dari awal untuk memenuhi piawaian keselamatan semasa, jadi pasukan kejuruteraan dan keselamatan syarikat akan menumpukan sepenuhnya kepada pelayar itu.

Pengguna Arc boleh memindahkan kata laluan, penanda halaman, sambungan pelayar, sejarah pelayaran dan tab ke Dia.

Spaces dalam Arc akan menjadi Profiles, manakala Folders dikenali sebagai Tab Groups. Dia turut menyokong tab menegak dalam Sidebar, Pinned Tabs dan Split View.

Menurut syarikat, ciri pelayar yang digunakan dalam Arc tersedia secara percuma dalam Dia, manakala fungsi AI adalah pilihan. Dia boleh dimuat turun secara percuma untuk macOS dan Windows di diabrowser.com.

Pengguna yang tidak mahu beralih ke Dia boleh mengeksport senarai tab sebagai pautan melalui tetapan Arc sebelum 22 Disember 2026. Selepas tarikh itu, syarikat tidak lagi dapat mengenal pasti atau mendapatkan semula data pengguna Arc.

Berkaitan

  • Firefox Perkenal "Smart Window", Pembantu AI Dalam Pelayar Firefox, Hasil Kerjasama Dengan Mistral
  • Pelayar Opera Lancar eSIM Dengan Data Percuma Untuk Melancong Ke Luar Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
©2026 WISER.MY