Ini Cara Pilih Kad Grafik Komputer Terbaik Ikut Bajet Dan Keperluan Anda

Membina atau menaik taraf binaan PC anda memerlukan pilihan kad grafik yang terbaik bergantung kepada bajet dan juga kehendak anda. Masa kini, kita mencari kad grafik yang mampu menyokong keperluaan kita untuk 'gaming' atau mencipta kandungan (content creation).

Dengan lambakan pilihan kad grafik yang ada dipasaran, ia menyukarkan kita untuk memilih kad grafik yang terbaik dengan bajet kita.

Walau bagaimanapun, pelancaran RTX 3090 Ti dan khabar angin kedatangan siri RTX 4000 pada hujung tahun ini telah mempengaruhi harga kad grafik untuk turun.

Oleh itu, di sini kami memberi senarai pilihan kad grafik terbaik mengikut bajet anda yang boleh dipertimbangkan.

Nvidia GeForce RTX 3060 Ti


(Kad Grafik Bajet Terbaik Keseluruhan)



RTX 3060 Ti merupakan GPU baharu dalam barisan RTX 3000. Untuk prestasi, sebarang permainan video pada tetapan 1080p memang boleh "dimakan" RTX 3060 Ti. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk bermain sebarang game yang ada dipasaran.

Selain itu, ia juga menawarkan ciri Ray Tracing yang boleh diterima. Dengan prestasi yang menandingi RTX 2080 Super, RTX 3060 Ti mempunyai tanda harga yang lebih rendah, iaitu pada harga sekitar RM2,500.

Anda boleh juga untuk mempertimbangkan RTX 3060 tetapi kami kurang menyarankan dek kerana perbezaan yang tidak jauh beza. Malahan RTX 3060 Ti menawarkan prestasi yang jauh lebih baik daripada abangnya, RTX 3060.

RTX 3060 Ti berada pada tanda harga yang tidak jauh bezanya dengan RTX 3060. Oleh itu, RTX 3060 Ti memberi nilai yang lebih berbaloi dengan ringgit yang anda belanjakan berbanding RTX 3060.

RTX 3060 Ti juga menyokong untuk permainan pada resolusi 4K tetapi kami nasihatkan anda menetap grafik pada tetapan rendah sahaja.

Beli jika:

  • Anda okay untuk bermain pada resolusi 1080p

  • Tidak mahu berbelanja besar untuk kad grafik

  • Anda mahukan 'ray tracing' pada harga yang berpatutan


Jangan beli jika:

  • Anda mencari gaming pada resolusi 4K

  • Anda mempunyai bajet yang lebih


Nvidia GeForce RTX 3050


(Kad Grafik Bajet Terbaik Di Bawah RM2,000)



RTX 3050 sebuah kad yang berkemampuan untuk memproses sebarang 'game' yang anda lontarkan kepadanya selama mana tetapan grafik pada 1080p. Sebagai penanda aras, RTX 3050 mempunyai prestasi sekurang-kurangnya seperti RTX 2060 tetapi jauh lebih hebat daripada Radeon RX 6500 XT.

Tambahan lagi, ia menyokong ciri 'ray tracing' dan DLSS dalam permainan video. Jika anda gemar bermain judul permainan e-sukan, ini merupakan pilihan yang sangat berbaloi bagi pendapat kami. RTX 3050 mampu memproses Overwatch, League of Legends, DOTA dan lain-lain tanpa sebarang masalah tapi dengan harga yang jauh lebih murah.

Dengan penurunan harga kad grafik dipasaran, RTX 3050 dijual pada tanda harga sekitar RM1,500 dan ke atas.

Beli jika:

  • Anda dapat mencarinya dijual pada tanda harga yang lebih murah

  • Anda seorang pemain tegar permainan video e-sukan

  • Anda memerlukan kad grafik baru


Jangan beli jika:

  • Anda memang mencari pengalaman gaming pada resolusi 1440p dan 4K

  • Anda mahu menunggu dan masih boleh menunggu untuk harganya menurun lagi


Nvidia GeForce RTX 3070


(Kad Grafik Kelas Pertengahan Terbaik Keseluruhan)



RTX 3070 merupakan kad grafik yang terbaik dipasaran untuk kebanyakan pengguna. Ketika pelancarannya sekitar 2 tahun lepas, RTX 3070 menunjukkan prestasi berkali ganda lebih baik daripada RTX 2080 Ti dan pada harga yang lebih murah.

Buat kali pertamanya, permainan pada resolusi 4K dibawa ke pasaran arus perdana tanpa kita perlu menjual sebelah buah pinggang untuk membeli kad grafik 4K. Dengan harga yang berbaloi untuk 4K gaming, anda boleh bermain permainan video kegemaran anda pada tetapan tinggi 4K tanpa sebarang masalah.

Dengan harga yang tidak terlalu mahal untuk pengalaman permainan 4K, RTX 3070 menawarkan nilai yang sangat hebat dan menjadi antara pilihan utama dalam senarai ini. Anda boleh mendapatkan RTX 3070 dipasaran untuk harga sekitar RM3,000 dan ke atas.

Beli jika:

  • Anda memang mencari pengalaman gaming pada resolusi 4K

  • Anda mencari kad grafik berprestasi tinggi dengan nilai harga yang berbaloi


Jangan beli jika:

  • Anda tak nak berhadapan dengan 12-pin 'power connector' yang mungkin melecehkan


Nvidia GeForce RTX 3080


(Kad Grafik Terbaik Untuk "PC Gaming")



Untuk kuasa dan prestasi, RTX 3080 merupakan gergasi dalam memberikan anda kuasa untuk 'menakluki' game pada tetapan grafik 4K.

Berbanding dengan siri RTX 2000, kad ini memberi prestasi sekitar 50%-80% lebih baik daripada RTX 2080. Tambahan lagi, RTX 3080 mampu mengalahkan prestasi RTX 2080 Ti sekitar 20%-30% walaupun berada sekitar harga yang hampir sama.

Akan tetapi, kad grafik ini berada pada tanda harga yang premium berbanding dengan kad grafik lain dalam generasinya. Anda boleh mendapatkan kad grafik RTX 3080 pada harga sekitar RM4,300 dan ke atas di Shopee atau Lazada.

Tetapi kami kurang mengesyorkan anda untuk mengambil 'adiknya', iaitu RTX 3080 Ti. Bagi pendapat kami, memang tidak dinafikan yang ia mempunyai prestasi yang sangat solid dan tinggi. Tetapi, anda boleh mendapatkan prestasi yang hampir sama dengannya pada RTX 3080 yang jauh lebih murah daripada versi "Ti".

Beli jika:

  • Anda mahukan prestasi 'gaming' 4K yang terbaik

  • Anda mahu bersedia untuk permainan video AAA baharu yang akan datang


Jangan beli jika:

  • Anda sudah 'bersyukur' dengan pengalaman permainan pada resolusi 1080p atau 1440p (2K)

  • Bajet anda tidak dapat menampung harga jualan RTX 3080 di pasaran


Nvidia GeForce RTX 3090


(Kad Grafik Terbaik Untuk Tugasan Kreatif)



Tiada penafian terhadap kad grafik RTX 3090 apabila kita sebut tentang prestasi, kemampuan dan hasil yang diberi olehnya. Dengan memori sebesar 24GB, sebarang tugasan berat seperti suntingan video, 'gaming' pada resolusi 4K dan lain-lain tanpa sebarang masalah.

Selain itu, RTX 3090 juga mampu untuk memproses 'gaming' pada resolusi 8K dan kadar segar semula 60 fps. Tetapi, itu agak overkill kerana 'gaming' pada resolusi 4K pun tidak lagi menjadi kebiasaan untuk ramai orang.

Tidak lupa juga, yang RTX 3090 mempunyai saiz yang memang besar dan agak berat bagi sesebuah kad grafik berbanding pilihan yang lain.

RTX 3090 merupakan pengganti untuk versi "TITAN" dalam barisan kad grafik daripada Nvidia. Buat masa ini, harga RTX 3090 masih sangat mahal untuk dibeli oleh majoriti daripada kita. RTX 3090 dijual pada tanda harga lebih daripada RM10,000.

Beli jika:

  • Anda mahu mencuba bermain pada resolusi 8K

  • Anda seorang profesional kreatif yang menfokus tugasan seperti suntingan dan 'video rendering'

  • Bajet bukan masalah dan tidak mahu risau akan prestasi resolusi 4K pada permainan video anda


Jangan beli jika:

  • Anda hanya bermain pada mana-mana resolusi 4K dan ke bawah

  • Bajet anda mempunyai nilai yang terhad

  • Anda tidak memerlukan 'Yang Terbaik' dalam binaan PC anda


Kami percaya ada dikalangan pembaca berasa keliru akan jenama kad grafik pihak ketiga yang manakah yang patut anda pilih. Hal ini demikian, terdapat banyak banyak jenama pihak ketiga seperti Zotac, EVGA, Asus ROG, Gigabyte, MSI dan lain-lain.

Kami mengesyorkan anda memilih kad grafik daripada jenama MSI kerana kad grafik yang ditawarkannya memberi kualiti dan prestasi yang baik berbanding jenama lain. Tambahan lagi, MSI juga mempunyai kad grafik untuk setiap kelas seperti MSI GeForce RTX 3050 Ventus 2X sehinggalah MSI GeForce RTX 3090 Gaming X Trio.

Kami berharap senarai ini dapat membantu pembaca untuk memahami jenis kad grafik yang ada diluar sana dan sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan terbaik dalam membeli kad grafik ini.

Anda boleh membeli kad grafik MSI dilaman sesawang rasmi MSI Malaysia dan juga di Shopee serta Lazada.

Baca juga: