Mana tidaknya, Nvidia akan melancarkan siri kad grafik baharu setiap 2 tahun sekali. Andai kata, siri RTX 4000 dilancarkan pada hujung tahun ini tanpa sokongan PCIe Gen5. Maka, kita mungkin perlu menunggu hingga tahun 2024 untuk memanfaatkan PCIe Gen5 pada kad grafik.
Siri 'Alder Lake' generasi ke 12 daripada Intel sudah pun menyokong PCIe Gen5. Oleh itu, sudah tentu kita menunggu kedatang siri kad grafik baharu daripada Nvidia dengan jangkaan bahawa ia akan menyokong PCIe Gen 5.
Sementara itu, AMD sekarang dilaporkan sedang menbangunkan siri Ryzen 7000 mereka dengan nama kod "Raphael" yang berkemungkinan besar akan menyokong PCIe Gen5.
Kad grafik siri RTX 4000 AD102 akan menggunakan seni bina "Ada Lovelace" dan dijangkakan membuat kemunculan pertama pada hujung tahun ini.
https://twitter.com/kopite7kimi/status/1518158879125012481?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1518158879125012481%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fpublish.twitter.com%2F%3Fquery%3Dhttps3A2F2Ftwitter.com2Fkopite7kimi2Fstatus2F1518158879125012481widget%3DTweet
Mengikut ciapan di atas daripada 'kopite', Nvidia mungkin membangunkan siri baharu RTX 4000 dengan sokongan PCIe yang terhad kepada Gen4 sahaja. Sedangkan dunia pada ketika ini sudah bersedia dengan potensi yang ada pada PCIe Gen 5.
PCIe slot merupakan slot pada papan induk (motherboard) yang anda guna untuk memasuk kad grafik padanya. PCIe Gen5 mampu menyokong 'total bandwidth' hingga 128 GB/saat (64 GB/saat pada setiap arah) dan nilai tersebut 2 kali ganda lebih efisien daripada PCIe Gen4.
Walau bagaimanapun, kita sudah masak dengan cara Nvidia yang lebih suka untuk menyembunyikan spesifikasi sebenar sehingga tarikh pelancarannya. Akan tetapi, Nvidia seperti 'menggali kubur sendiri' sekiranya khabar angin ini adalah benar.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut akan siri Nvidia RTX 4000 pada artikel ini.
Sumber: videocardz
Baca juga:
Berkaitan
- GIGABYTE Malaysia Dedahkan Harga GPU Siri GeForce RTX 4080 Mereka
- Permintaan Kad Grafik Dilaporkan Menurun 50%, Intel Dan Nvidia Mungkin Terkesan
- Lambakan Siri RTX 3000, NVIDIA Dilapor Terpaksa Kurangkan Tempahan Silikon Dari TSMC
- Intel Arc A370M, Mampu Bersaing Dengan GPU Nvidia Dan AMD
- Isu Kabel RTX 4090 Cair, NVIDIA Kata Pengguna Yang Salah Pasang
- RTX 3090 Ti Dilancarkan Secara Rasmi - Harga Mungkin Sekitar RM10K
- Kad Grafik Siri Nvidia GeForce RTX 4000 Mungkin Dilancar Lebih Awal
- Isu 'Power Adapter' RTX 4090 Mencair, NVIDIA Bakal Berdepan Saman
- Nvidia Dikatakan Akan Melancarkan RTX 4090 Dahulu, Bermula Ogos Ini
- GIGABYTE Lancar GPU Siri GeForce RTX 4090 - 4 Model Diperkenalkan