Siri Nvidia GeForce RTX 4000 diura-urakan bakal membuat kemunculan pada hujung tahun ini atau pun awal tahun 2023 sekiranya Nvidia perlu menyelesaikan masalah kekurangan semikonduktor.
Tambahan lagi, Nvidia dilaporkan membelanjakan sebanyak USD10 bilion untuk mendapatkan komponen bagi siri RTX 4000 mereka. Hal ini untuk memastikan Nvidia berhasil untuk melancarkan siri baharu bagi kad grafik mereka.
Selain itu, ini merupakan berita baik kepada PC Gamers di luar sana kerana siri kali ini dijangkakan menawarkan spesifikasi yang lebih hebat untuk setiap ringgit yang anda belanjakan.
Harga Siri Nvidia RTX 4000
Walaupun harga kad grafik global sudah menurun tetapi ia masih ada potensi untuk menurun lagi mahupun sebaliknya. Oleh itu, tiada sebarang harga yang tepat yang dapat kami jangka melainkan anggaran sahaja.
Andai kata, harga kad grafik mencatatkan penurunan lagi dan kembali kepada normal, anda boleh jangkakan RTX 4080 akan dilancarkan pada tanda harga sekitar RM3000. Ia merupakan harga yang sama dengan RTX 3080 dan RTX 2080 ketika ia dilancarkan.
Tarikh Pelancaran Nvidia RTX 4000
Ramai orang beranggapan bahawa Nvidia bakal melancarkan RTX 4000 pada bulan September ini tetapi sayang sekali kerana tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan tarikh pelancaran.
Hal ini demikian, Nvidia akan mengeluarkan kad grafik baharu mereka setiap 2 tahun. Siri RTX 3000 telah dilancarkan pada tahun 2020 jadi besar kemungkinan kita akan menyaksikan kad grafik baharu RTX 4000 pada tahun 2022 ini.
Spesifikasi Nvidia RTX 4000
Berdasarkan ura-ura, RTX 4090 dan RTX 4080 akan memakai seni bina baharu Lovelace dan AD102 GPU daripada Nvidia.
Di samping itu, AD102 GPU dapat meningkatkan prestasi RTX 4000 sebanyak 60%-80% dan secara tidak langsung membantu para gamers untuk mencapai kadar bingkai (fps) yang lebih tinggi dalam tetapan grafik pada resolusi tertinggi.
So then, let's summarize about Lovelace and Hopper…@kopite7kimi @xinoassassin1 pic.twitter.com/hioRcvn8fb
— 포시포시 (@harukaze5719) March 2, 2022
Tambahan lagi, RTX 4000 mungkin mempunyai CUDA cores 71% lebih banyak daripada siri RTX 3000. Kad grafik paling berkuasa dalam siri RTX 4000 nanti dijangka akan menyokong 12-pin PCIe Gen 5 power connector yang baharu.
Selain itu, ini mungkin spesifikasi untuk RTX 4080 ketika ia dilancarkan nanti:
Komponen Nvidia GeForce RTX 4080 | Spesifikasi |
VRAM (GDDR6X) | 16 GB |
Teras CUDA | 14,080 |
Teras Ray Tracing | 144 |
Teras Tensor | 440 |
Bus Width | 256 |
Oleh itu, sekiranya anda bercadang untuk menukar kad grafik yang sedia ada kepada yang RTX 4000 nanti, anda mungkin perlu tukar kepada PSU baharu atau membeli kabel yang menyokong konfigurasi 6+2.
Power Supply Unit Untuk Nvidia RTX 4000
Dalam penggunaan kuasa, ura-ura menyatakan RTX 4000 akan dilancarkan dengan TDP (thermal design power) 450W. Berdasarkan ciapan di bawah, RTX 4090 akan memerlukan kuasa yang lebih tinggi lagi dengan TDP 800W.
That's just a rumor.
I've heard 450/600/800W for 80/80Ti/90 before.
But everything is not confirmed.— kopite7kimi (@kopite7kimi) February 23, 2022
Sekiranya anda sudah mempunyai PSU yang menyokong kuasa (watt) yang tinggi dan ditambah pula dengan penarafan gold dan ke atas, anda tidak perlu untuk menukarnya.
Sumber: PCGamesN
Baca juga: