Apple iPhone SE Dijana Bionic A15, Sokong 5G Dan Dijual Serendah RM2,099 Untuk 64GB

Dalam acara Apple hari ini, Tim Cook telah mengumumkan model terbaharu dalam siri iPhone SE. Ia dijana dengan cip Bionic A15 Bionic.

Hadir dengan 3 warna iaitu Midnight, Starlight dan Product (RED), ia juga dikatakan Apple akan memberikan prestasi bateri yang lebih baik.



Seperti model SE sebelumnya, skrin LCD Retina HD-nya bersaiz 4.7 inci dengan TouchID di bawah.

Banyak spesifikasi fizikal yang lain diwarisi daripada iPhone SE sebelumnya tetapi antara ciri penting dalam sebuah peranti yang dilancarkan dalam tahun 2022 ialah sokongan 5G.



Menggunakan kamera 12MP, ia turut dilengkapi Smart HDR 4 dengan gelas tahan lasak untuk panel depan dan belakang.

Untuk bateri, ia dikatakan mampu bertahan 2 kali ganda lebih lama untuk memainkan video jika dibandingkan dengan iPhone SE sebelum ini.



Dalam pada itu, ia turut menyokong e-SIM, VoLTE dan menjalankan iOS 15 terus dari kotak. Ia menyokong pengecasan maksimum 20W dengan 50% dapat dicapai dalam 30 minit serta turut boleh dicas melalui wayarles.

Apple juga mengiklankan bahawa telefon ini mesra alam kerana beberapa bahan dipasangnya berasal daripada 100% bahan dikitar semula seperti tungsten untuk Haptic Engine.

Laman rasmi Apple telah menyenaraikannya pada harga RM2,099 untuk 64GB, RM2,299 untuk 128GB dan RM2,799 untuk 256GB. Ia boleh mula dipra tempah mulai 18 Mac 2022.

Baca juga: