Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE rumors_Apple Hub

Imej Komputer Dedahkan Rekaan iPhone SE 4 Tanpa Butang ‘Home’

Diterbitkan Mac 4, 2024 · Dikemas kini Mac 4, 2024 oleh Amalina Athman

Khabar mengenai pembangunan iPhone SE generasi keempat atau iPhone SE 4 telah diperkatakan sejak tahun lalu.

Dalam perkembangan terkini, imej janaan komputer atau CAD yang dikongsi oleh 91mobiles telah memperlihatkan rekaan iPhone SE 4, mirip seperti dikhabarkan sebelum ini.

Berkaitan

  • Apple iPhone SE Dijana Bionic A15, Sokong 5G Dan Dijual Serendah RM2,099 Untuk 64GB
  • iPhone SE 4 Dikatakan Hadir Dalam Binaan iPhone 14
  • Jangan Letak iPhone Basah Dalam Beras - Apple
  • Ura-Ura: Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong iOS 18

Imej tersebut menunjukkan paparan skrin tanpa butang ‘Home’ bersaiz  6.1-inci, mempunyai takuk yang menempatkan susunan kamera TrueDepth untuk Face ID serta sisi rata.

CAD iPhone SE_91mobiles 5

Imbas kembali, iPhone SE‌ generasi ketiga yang dilancarkan pada 2022 menampilkan sisi melengkung, paparan 4.7-inci, butang ‘Home’ dengan Touch ID serta bezel lebih besar.

CAD iPhone SE_91mobiles

Untuk iPhone SE baharu kelak, ia dijangka mempunyai dimensi 147.7×71.5×7.7mm – hampir sama seperti iPhone 13 dan iPhone 14. Di bahagian belakang, terdapat kamera tunggal lebih besar bersama sensor flash.

CAD iPhone SE_91mobiles 2

Ura-ura sebelum ini turut mencadangkan iPhone SE 4 berkemungkinan akan dilengkapi port USB-C berbanding Lightning. Malah, terdapat dakwaan lain yang mengatakan peranti ini bakal dimuatkan butang ‘Action’ – setakat ini hanya eksklusif untuk iPhone 15 Pro.

CAD iPhone SE_91mobiles 6

Buat masa ini, masih belum ada butiran tepat bila iPhone SE 4 akan dikeluarkan, tetapi ia dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Sumber: 91mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY