Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Air_

iPhone 17 ‘Air’ Dikhabarkan Lebih Nipis Daripada iPhone 6

Diterbitkan November 19, 2024 · Dikemas kini November 19, 2024 oleh Amalina Athman

Penganalisis Apple, Jeff Pu menyatakan persetujuannya terhadap khabar angin baru-baru ini yang mendakwa bahawa “iPhone 17 Air” akan mempunyai ketebalan sekitar 6mm, lapor MacRumors.

Dalam nota penyelidikan yang dikeluarkan oleh bank pelaburan Haitong yang berpusat di Hong Kong, Jeff Pu berkata,

Kami bersetuju dengan perbualan baru-baru ini mengenai reka bentuk ultra-nipis model iPhone 17 Slim dengan ketebalan 6mm.

Sekiranya ukuran itu terbukti tepat, iPhone 17 Air bakal menjadi model iPhone paling nipis dalam sejarah, mengatasi rekod 6.9mm yang ketika ini dipegang oleh iPhone 6.

Walaupun iPhone 17 Air berpotensi menjadi iPhone paling nipis, ia bukanlah produk Apple paling nipis yang pernah dihasilkan. Rekod itu dipegang oleh iPad Pro 13-inci versi 2024, dengan ketebalan hanya 5.1mm.

Selain itu, iPod nano generasi terakhir juga lebih nipis, dengan ketebalan 5.4mm.

Bagi yang tidak mengikuti perkembangan iPhone 17 Air, beberapa sumber mendakwa bahawa Apple merancang untuk mengeluarkan model iPhone 17 yang direka semula dan jauh lebih nipis.

Nama peranti itu belum diketahui, ada yang merujuknya sebagai iPhone 17 Slim dan iPhone 17 Air. Akan tetapi, sehingga kini belum ada sebarang pengesahan nama mahupun kewujudannya.

Berkaitan

  • Bloomberg: iPhone 17 Mungkin Hadir Dengan Versi 'Air'
  • Hanya iPhone 17 Pro Max Dilaporkan Akan Dilengkapi Dengan 12GB RAM
  • iPhone 17 Pro Tidak Lagi Dijangka Hadir Dengan Face ID Bawah Paparan
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY