Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPad Air Dengan Cip M4 Dilancarkan, Harga Dari RM2,799

Posted on Mac 2, 2026Mac 3, 2026

Seiring pengenalan iPhone 17e, Apple kini turut memperkenalkan kemas kini iPad Air dengan cip M4, 12GB RAM serta cip N1.

iPad Air baharu ini mengekalkan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya, dengan dua pilihan saiz iaitu 11-inci dan 13-inci.

Dengan cip M4, iPad Air kini menawarkan prestasi hingga 30% lebih pantas berbanding iPad Air M3. Cip ini mempunyai 8-teras CPU, 9-teras GPU dan 16-teras Neural Engine, dengan lebar jalur (bandwidth) memori meningkat kepada 120GB/s.

iPad Air juga menerima cip N1 baharu Apple, yang menyokong Wi‑Fi 7, Bluetooth 6 dan Thread. Menurut Apple, cip N1 menawarkan prestasi yang lebih baik apabila disambungkan ke rangkaian Wi-Fi 5GHz dan menambah baik prestasi keseluruhan serta kestabilan ciri seperti Personal Hotspot dan AirDrop.

Sebagai rujukan, cip N1 mula diperkenalkan tahun lalu pada iPhone 17, iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max, iPhone Air dan iPad Pro.

Model selular pula dilengkapi modem C1X Apple, yang menawarkan prestasi data selular sehingga 50% lebih pantas serta 30% lebih jimat tenaga berbanding iPad Air dengan cip M3.

Dari segi spesifikasi lain, iPad Air M4 mengekalkan skrin LCD sehingga 500 nits, kamera hadapan 12MP Center Stage, kamera belakang 12MP, Touch ID pada butang kuasa, port USB‑C, pembesar suara stereo, dua mikrofon, serta sokongan untuk Magic Keyboard dan Apple Pencil Pro. Pilihan storan kekal 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB.

Harga dan ketersediaan

iPad Air M4 tersedia dalam empat pilihan warna iaitu Space Grey, Blue, Purple dan Starlight.

Harga permulaan di Malaysia kekal RM2,799 untuk model 11 inci dan RM3,699 untuk model 13 inci, manakala pelajar dan pendidik layak mendapatkan harga diskaun yang lebih rendah.

Sama seperti iPhone 17e, prapesan iPad Air M4 dibuka pada 4 Mac, 10.15 malam dan akan tersedia di Malaysia bermula 11 Mac.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress