Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro Baharu Diperkenal – Cip M5, Rekaan Lebih Nipis

iPad Pro Baharu Diperkenal – Cip M5, Rekaan Lebih Nipis

Diterbitkan Oktober 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Apple kini memperkenalkan iPad Pro generasi baharu yang dikuasakan oleh cip M5, menawarkan prestasi dan keupayaan AI paling canggih pernah dilihat pada iPad. Menurut Apple, cip M5 membawakan peningkatan besar dalam prestasi grafik dan kecerdasan buatan, membolehkan pengguna melakukan tugas profesional dan kreatif dengan lebih pantas dan cekap.

Cip M5 menampilkan GPU 10-teras dengan Neural Accelerator pada setiap teras, menjadikan prestasi AI sehingga 3.5 kali lebih pantas berbanding iPad Pro M4, dan sehingga 5.6 kali lebih laju berbanding model M1. Ini menjadikan iPad Pro sesuai untuk aplikasi seperti Draw Things dan DaVinci Resolve yang menggunakan pemprosesan AI secara intensif.

iPad Pro Baharu Diperkenal – Cip M5, Rekaan Lebih Nipis

Dari segi prestasi grafik, M5 juga menyertakan enjin ray tracing generasi ketiga yang meningkatkan kualiti pencahayaan dan bayangan, menawarkan sehingga 6.7 kali lebih pantas rendering 3D berbanding iPad Pro M1. Selain itu, Apple turut menambah baik jalur lebar memori, storan lebih pantas, dan sokongan pengecasan pantas (guna pengecas 40W ke atas) yang mampu mencapai 50% dalam kira-kira 30 minit.

iPad Pro Baharu Diperkenal – Cip M5, Rekaan Lebih Nipis
iPad Pro Baharu Diperkenal – Cip M5, Rekaan Lebih Nipis

Model baharu ini hadir dengan cip N1 untuk sambungan Wi-Fi 7 dan C1X modem bagi kelajuan selular yang 50% lebih pantas. Reka bentuknya juga lebih nipis di mana hanya 5.1mm untuk model 13 inci, menjadikannya iPad paling ringan dan nipis pernah dihasilkan.

iPad Pro M5 boleh didapati dalam saiz 11 inci dan 13 inci, warna space black dan silver, dengan harga bermula RM4,499. Ia turut menyokong aksesori baharu seperti Apple Pencil Pro dan Magic Keyboard yang direka semula untuk pengalaman penggunaan lebih selesa.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Apple Mulakan Trend Global: iPhone 17 Air Hanya Sokong eSIM
  • Apple TV+ Kini Dijenamakan Semula Sebagai Apple TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY