Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Air

Apple Perkenal iPhone Ternipis, iPhone Air Dengan eSim Sahaja

Diterbitkan September 10, 2025 · Dikemas kini September 10, 2025 oleh ariff bukhari

Apple memperkenalkan iPhone Air, iPhone ternipis pernah dihasilkan dengan ketebalan hanya 5.6mm.

iPhone Air dilengkapi paparan 6.5 inci ProMotion menyokong AOD dengan kecerahan maksimum 3000 nits.

Apple Perkenal iPhone Ternipis, iPhone Air Dengan eSim Sahaja

Ketahanan ditingkatkan dengan 3x lebih tahan calar berbanding Ceramic Shield terdahulu yang kini juga digunakan pada bahagian belakang.

Dikuasakan A19 Pro dengan CPU 6-teras, GPU generasi baharu serta neural accelerator terbina, Apple mendakwa iPhone Air menawarkan prestasi setanding MacBook Pro.

Sistem kamera Fusion menyokong 1x, 2x, serta lensa khas 28mm dan 35mm, bersama kamera selfie Center Stage.

Fungsi dual-capture video pula membolehkan rakaman kamera depan dan belakang berjalan serentak.

iPhone Air

Cip N1 membawa Wi-Fi 7, Bluetooth, Thread, manakala modem C1X dua kali lebih pantas serta 30% lebih jimat tenaga.

Menggunakan eSIM sahaja di seluruh dunia, iPhone Air menawarkan bateri seharian di mana dengan ditambah MagSafe battery pack, ia mampu menawarkan sehingga 40 jam tontonan video.

iPhone Air

iPhone Air ditawar pada harga bermula RM4,999.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY